24 November 2025

[KERJAYA] KERJA BUKAN PERHAMBAAN

Kau Bukan Pekerja — Kau Peniaga Tenaga Kerja. Dan Dah Tiba Masanya Kau Faham Apa Yang Sebenarnya Kau Trade.

Hari tu aku tengah borak dengan geng office — borak ringan, borak penghilang bosan, borak yang biasanya tak bawa ke mana. Tapi entah kenapa… hari tu lain.

Bukan lain sebab muka diorang berubah.
Bukan lain sebab topik berat.
Lain sebab vibe dia macam ada angin sejuk lintas belakang tengkuk aku — subtle, tapi cukup untuk buat aku pause.

Borak punya borak, kami sentuh pasal satu benda yang makin pelik dalam dunia kerja:
trend keluar masuk staff yang makin gila.
Macam pintu pusing pusat beli-belah.
Masuk — keluar.
Keluar — diganti.
Ganti — keluar balik.

Tak sempat pun kerusi panas tu sejuk, dah ada orang baru duduk.

Aku saja melawak, kononnya nak bagi lighten the mood:

“Eh, kalau aku resign… kau rasa syarikat kena hire berapa orang nak ganti aku?”

Aku main-main je. Tapi yang keluar dari mulut mereka…
terus buat aku diam.

“Kau boleh la keluar.
Kau tak ada komitmen.”

“Kau senang cari kerja. Kau banyak skill.”
“Kami? Kami tak boleh. Kami terikat hidup.”

Masa tu…
aku rasa macam masa berhenti sekejap.

Aku tengok muka mereka —
dan buat pertama kali, aku nampak satu benda yang manusia dalam dunia kerja jarang mengaku:

Ketakutan.
Ketakutan yang bukan datang dari bos, bukan datang dari KPI,
tapi datang dari satu benda —
mindset yang dibentuk bertahun-tahun tanpa diorang sedar.


“Sejak bila komitmen jadi rantai untuk perhambakan?”

Jawapan diorang tu… pelik.
Pelik sampai aku kena senyap beberapa saat.
Aku bukan tersentap.
Aku bukan marah.

Aku trigger.

Sebab aku tiba-tiba sedar, ramai pekerja sebenarnya bukan tak mampu keluar dari kerja…
mereka cuma tak pernah diajar bahawa mereka ADA pilihan.

Sejak kecik kita disuap idea:

  • jangan melawan

  • jangan demand

  • ikut cakap bos

  • kerja rajin-rajin, nanti “rezeki” sendiri datang

  • kalau kau penat, kau kena bersabar

  • kalau bos tekan, kau kena kuat

  • kalau kerja tak sihat, kau kena tahan

Dan akhirnya, bila syarikat sentuh masa hidup kau…
kau pun tunduk.

Macam itu benda normal.


Realiti Dunia Kerja Moden: Semua Benda ‘Urgent’, Semua Benda Pun Kau

Tak kisah syarikat besar, syarikat sederhana, syarikat keluarga, syarikat nak masuk IPO…
pattern dia lebih kurang sama:

  • kerja department lain tiba-tiba jadi kerja kau

  • email waktu malam itu normal

  • WhatsApp weekend jadi budaya

  • deadline pelik-pelik dah jadi rutin

  • kerja luar skop dianggap “bukti sayang team”

Dan yang paling menyedihkan…
ramai pekerja anggap itu tanggungjawab, bukan pencerobohan.

Sedangkan dalam dunia sebenar —
masa diluar waktu kerja adalah hak mutlak kau.

Itu bukan “masa syarikat.”
Itu adalah masa untuk hidup.

Tapi bila pekerja tak tahu apa yang mereka trade,
mereka pun tak tahu apa garis merah mereka.


“Kerja sebenarnya bukan pengorbanan. Kerja adalah trade.”

Ini part yang aku nak kau hadam betul-betul.

Kerja bukan:

  • bukti cinta kau kepada syarikat

  • tanda patuh setia

  • “aku kena tahan sebab aku ada komitmen”

  • “aku kena hidup untuk kerja”

Kerja sebenarnya cuma satu bentuk:

PERTUKARAN NILAI.

Dan ramai pekerja tak sedar benda ni.

Sebab tu kau tengok orang sanggup:

  • stayback tak dibayar

  • reply WhatsApp tengah-tengah malam

  • kerja weekend free

  • biar bos pijak maruah

  • korbankan masa hidup

  • korbankan mental kau sampai kosong jiwa

  • jadikan diri hamba masa

  • jadikan kerja pusat orbit hidup

Padahal syarikat cuma bayar kau untuk satu perkara:

masa KERJA.

Bukan masa HIDUP.


“Apa sebenarnya yang kau jual kepada syarikat?”

Ini benda yang aku dapat daripada mentor-mentor aku dulu —
yang bukak mata aku sampai aku nampak kerja bukan sistem hamba, tapi sistem perdagangan.

Setiap hari kau sebenarnya jual TIGA benda:


1. Kau jual MASA BEKERJA.

Dan masa adalah aset paling mahal dalam hidup manusia.

Masa bukan minyak.
Bukan CPU.
Bukan bateri.

Dia tak boleh direcharge.
Dia tak boleh rewind.
Dia tak boleh dibeli balik.

Syarikat bayar masa kerja kau.
Titik.

Di luar waktu kerja kau = itu hak kau.

Kalau bos nak sentuh itu…
itu bukan permintaan.

Itu pencerobohan maruah.


2. Kau jual SKILL.

Skill kau bukan hak syarikat.
Skill kau bukan harta bos kau.

Skill adalah modal kau sebagai peniaga tenaga kerja.

Syarikat cuma sewa skill kau.
Bukan beli.

Sebab tu skill kau boleh dibawa ke mana saja
— itu modal terapung kau.


3. Kau jual PENGALAMAN.

Pengalaman kau bukan sekadar tahun bekerja.
Pengalaman = speed, judgement, accuracy, situational awareness, adaptability.

Ini benda yang buat kau mahal.
Benda yang buat kau TAK mudah diganti.

Sebab tu sebenarnya…
bila kau resign, syarikat hilang leverage.


“Kau bukan pekerja. Kau peniaga tenaga kerja.”

Bila kau sedar yang kau trade masa, skill dan pengalaman,
kau tak akan lagi tengok diri kau sebagai “aku pekerja biasa.”

Kau akan nampak diri kau sebagai:

pembekal tenaga kerja profesional.

Dan sebagai pembekal:

  • kau boleh pilih syarikat

  • kau boleh tetapkan harga

  • kau boleh tentukan trade yang adil

  • kau boleh tarik diri bila syarikat tak layak

  • kau boleh evaluate syarikat sama macam syarikat evaluate kau

Inilah benda yang ramai pekerja tak tahu —
sebab tak pernah ada siapa nak ajar.

Sebab kalau pekerja sedar benda ni…
banyak syarikat toksik mati esok.


Ugly Truth: “Everybody is replaceable” sebenarnya propaganda

Ayat ni popular.
Bos-bos suka ulang, macam azan berkumandang 5 kali sehari.

Tapi kalau betul pekerja replaceable…

  • kenapa bila sorang resign department jadi huru-hara?

  • kenapa knowledge transfer tak dibuat?

  • kenapa cross-training tak wujud?

  • kenapa bos merayu stayback?

  • kenapa syarikat takut bila seorang keluar?

Sebab truth yang mereka tak pernah sebut kuat-kuat ialah:

Yang replaceable cuma jawatan — bukan manusia.

Ayat replaceable tu bukan realiti.
Itu hanya ancaman psikologi.


Counter Reality: “Syarikat pun replaceable.”

Ini part yang bos paling tak suka.
Tapi aku kena sebut.
Kena baling tepat kat muka korang.

Kau bukan hamba syarikat.
Kau bukan milik syarikat.

Kalau kau operate sebagai peniaga tenaga kerja —
kau akan sedar:

  • ada ribuan syarikat lain menunggu

  • ada demand lebih besar dari supply

  • ada tempat yang lebih hargai kau

  • ada tempat yang tak berani usik masa hidup kau

  • ada tempat di mana kau tak perlu jual jiwa kau untuk survival

Syarikat bukan gatekeeper rezeki.
Syarikat cuma platform sementara.

Yang kekal hanya dua:

nilai diri kau & masa hidup kau.


“Masa luar waktu bekerja adalah garis sempadan. Kau SENTUH itu, kau sentuh MARUAH aku.”

Ini part paling personal dalam hidup kerja aku.

Aku boleh tolerate kerja banyak.
Aku boleh tolerate situasi sempit.
Aku boleh tolerate last-minute.
Aku boleh tolerate macam-macam.

Tapi bila syarikat sentuh luar waktu bekerja aku…
aku hilang hormat.

Sebab masa luar kerja adalah masa untuk HIDUP aku.
Masa aku sebagai manusia.

Dan tak ada gaji diatas dunia ni yang cukup tinggi untuk beli masa yang dah hilang.

Tak ada syarikat atas dunia ni yang berhak sentuh itu.

Dan untuk aku, ayat ni aku genggam erat dalam satu punchline:

“Duit kau tu tak mampu pun nak beli masa dan jiwa aku.

Walaupun syarikat kau bernilai ratusan juta ringgit sekali pun,
masa aku — priceless.”


Tamparan Terakhir: “Kerja bagi kau hidup, bukan makan hidup kau.”

Akhirnya, kau kena faham satu benda:

Kau bukan pekerja murahan.
Kau bukan robot.
Kau bukan sekadar nombor payroll.

Kau adalah:

  • peniaga tenaga kerja

  • pembekal nilai

  • manusia yang ada hak

  • individu yang berhak pilih hidup dia

  • profesional yang boleh pilih platform dia

Dan kalau trade tak seimbang — kau tarik diri.

Bukan sebab kau lemah.
Tapi sebab kau SEDAR.

Kerja sepatutnya bagi kau hidup…
bukan makan hidup-hidup masa kau perlahan-lahan sampai kau lupa rasa jadi manusia.

Kalau tempat kau sekarang pijak maruah kau, curi masa kau, ambil jiwa kau…

Kau tak perlu tunggu approval siapa-siapa.

Blah jer.

Sebab hidup kau bukan untuk dibeli sesiapa.
Dan masa kau — priceless.

17 November 2025

ECU Racing, Ilmu Standard — Akhirnya Setting Pun X Ngam

 

Standard Itu Windah? – Kisah Sebenar Di Sebalik Rumble Idle

Sabtu pagi. Langit tenang, angin suam — jenis pagi yang isteri masing-masing bagi lesen keluar kandang half-day pass.
Tiga brader motorhead dah set janji lepak kat port biasa — Kafe Kopi Ko Moto?
Tapi biasalah… kalau geng motor, mesti ada je yang gatal nak tunjuk siapa paling “ready to race”.

Aku dengan Palestin, Benelli RFS 150i Limited Edition warna empat serangkai — hitam, putih, hijau, merah.
Dorang panggil Itali, tapi aku suka panggil Palestin.
Kat simpang besar nak ke kafe, muncul satu bayang familiar — Repsol, Honda RS150R edisi Repsol, datang melulu dari belakang.

“Pokcik! Ada berani nak test? Lama kita tak lawan lampu weh!” jerit Aris dari sebelah.

Dia senyum lebar, throttle berdesup — tapi bunyi enjin dia kasar semacam.

Aku balas, “Eh… bunyi motor kau pelik la bro. Tick tick tick tu bunyi apa?”

Dia dengan bangga,

“Ha tu la setting ECU baru aku weh! UMA Racing M5. Dengar tak rumble idle dia?”

Aku sengih separuh.

“Rumble Idle ke… dengar macam AIC tersedak jer? Lama kempunan nak makan asap aku ek?”

Dia gelak kuat.

“Ape barang ECU standard, Pokcik!? Kita tengok sapa makan asap kali ni — setting kali ni dah ngam gila!”

Lampu hijau. Dua-dua terus memecut gear pertama.
Palestin aku standard, tapi throttle responsif.
Repsol dia bunyi bler-bler-blop-blop — macam ECU tengah loading akaun Google.

Baru beberapa meter je, Palestin dah meluncur ke depan. Dalam side mirror nampak Aris angkat tangan, konon tak serius.


Depan kafe, dua-dua sampai lebih kurang sama masa.
Aku parking Palestin sebelah Repsol, buka helmet, masih senyum-senyum.

Aris terus buka cerita, “Weh, aku rasa macam dah power M5 ni, tapi lain macam Pokcik punya pergi tadi?”
Aku geleng. “Itu kau katakan power? Ke placebo sebab ECU racing tapi tune standard?”
Dia ketawa separuh yakin. “Takkan nak naik dyno lagi sekali ni. Hadoiii…”
Dia sambung, “Eh, selalu Pokcik berdua. Mana bayang-bayang?”


Tengah kami sembang sambil melangkah masuk kafe, tiba-tiba satu suara menyampuk dari belakang.

“Eh, sambil nak datang pun sempat lagi test power? Awal korang hari ni.”

Wan muncul — jeans gelap, baju polo, porch bag besar melintang pinggang.
Tapi tangan kosong — takde helmet.

Aris pandang dia, “Weh, Wan pun turun? Rare ni weh!”
Aku sambung, “Ha, baru cukup korum. Tinggal nak order kopi je.”
Wan senyum confident. “Aku datang awal tadi, parking terus.”
Aris jeling kiri kanan. “Mana OnePiece? Tak nampak pun?”
Wan balas, “OnePiece?
Aris terus gelak, “Motor Benelli RFS kau laaaa!”
Wan selamba, “Motor tengah rehat kat rumah. Hari ni aku drive.”

Aku sengih. 

“Iyalah tu, OnePiece tu tengah rehat ke… atau dah masuk ICU?”
Dia gelak hambar. “Haha… lebih kurang la.”


Babak Kafe – Kopi, Ego & Rumble Idle

Kami baru duduk, belum sempat buka topik, satu suara dari belakang kaunter menegur.

“Weh, aku dengar dua motor drag kat simpang tadi.
Yang satu idle rumble lain macam, satu lagi bunyi dia senyap tapi jalan lembut.
Siapa punya yang senyap tu?”

Aris tegak, bangga.

“Ha, yang bunyi garang tu la saya, bang. Baru pasang ECU M5!”

Barista senyum sambil letak cawan kopi panas.

“M5 ya? Setting lean sikit tu.
Kalau AIC asyik main naik-turun, cepat jahanam, bro.
Saya dulu pun banyak kali tukar benda tu. Last-last, motor yang tukar saya.”

Kami bertiga tergelak.

Aku tanya, “Oh kau dulu main motor juga?”

“Saya dulu main LC135 bang.
Zaman tu kalau tak pakai pipe R9, orang kata bukan jantan.
Upgrade hari Isnin, pecah piston hari Sabtu.
Sekarang upgrade cuma coffee grinder je — tak berasap tapi masih power.”

Kami semua ketawa. Tapi vibe barista tu lain — otai dah cuci tangan.

Aris masih tak puas hati.

“Tapi bang, pelik la… ECU saya racing. Motor Pokcik standard je tapi boleh tapau.”
Barista pandang aku.
“Standard? Tak rasa macam standard pun. Bunyi dia tadi clean, linear, pickup steady.
Kalau saya teka, tu Stage 1... paling kurang pun mesti dah remap ECU – tapi setup kemas.”

Aris tanya laju, “ECU standard boleh remap ke?”
Barista gelak, “Kalau tau caranya, boleh je. Tapi ramai lupa — bukan semua benda perlukan upgrade, kadang cuma perlu faham cara mesin bernafas.”

Wan terus masuk menyakat.

“Ha betul tu. Stage 1 Pokcik ni aku tau — sebab aku dulu ikut bulat-bulat setup dia.”
Aris terkejut, “Eh kau pun buat mod ke?”
Wan sengih, “Ha… dulu la. Sekarang motor dah koma dalam ICU. Tapi Pokcik punya? Still mengganas macam selalu.”

Barista sambung:

“Orang nampak standard sebab tak nampak ilmu.
Macam saya dulu, semua barang pun nak racing, tapi kepala tak tune.
Sekarang saya percaya – standard pun boleh power kalau otak yang tune betul.

Aku angkat cawan. “Ha tu lah dia… STP bro.”

Aris blur, “STP tu apa?”
Aku sengih, “Standard Tapi Power. Kalau kau nak laju, bukan kena tukar semua — kena faham dulu apa yang patut kekal.”

Wan tepuk meja.

“Ha tu baru Pokcik punya falsafah!”


Bila Barista Buka Buku Lama

Suasana makin santai. Barista letak satu mug kopi baru, tapi kali ni dia bersandar sikit — nada suara berubah perlahan.

“Saya dulu ikut trend semua, bang. LC saya dulu, ape je menda yang saya tak buat? Block dah korek, head dah polish, Port & Polish semua, cam racing, ECU open cut-off.
Setiap kali orang forum cakap ‘ni setting power’, saya ikut.
Last-last, motor pun tak sempat hidup lama — saya pun hampir ikut sekali.”

Dia senyum kecil, tapi mata dia lain.

“Lepas total loss tu, saya beli RSX pula tahun lepas. Ingat dah insaf.
Tapi perangai lama susah padam.
Lagi sekali ikut orang — katanya nak rasa idle rumble macam MotoGP.
Akhirnya enjin overheat masa jam, clutch plate melekat, hampir terbakar.
Nasib baik sempat ketepi.”

Dia pandang kami bertiga.

“Lepas tu saya pasang balik semua standard.
Sekarang saya ride hari-hari, sampai rumah pun masih senyum.
Motto baru saya: Standard Witu Windah.

Kedai senyap seminit. Lepas tu semua meletup ketawa.
Wan sampai tepuk meja.

“Tu diaaa, motto baru kita semua!”

Aku sambung,

“Takpe Wan, Pokcik cipta satu lagi khas untuk geng kita — Gang Setting X Ngam.
Barista ketawa sampai tunduk, “Haaa tu power! Gabung dua jadi Standard Tapi Power X Ngam!

Kedai jadi riuh semula. Tapi di tengah gelak tu, semua macam terdiam sekejap.
Sebab dalam lawak tu, masing-masing tahu — semua pernah buat silap yang sama.


Kopi Pahit – Ego vs Ilmu

Bila gelak reda, aku bersandar.

“Masalahnya ramai orang upgrade sebab nak nampak power, tapi tak nak faham mana datang power. Kau beli ECU racing, tapi tak tahu apa benda ‘fuel trim’ pun.
Mod tanpa ilmu ni, serius bodoh, bro.”

Aris tunduk. Wan senyum nakal.

“Ha tu la, ilmu tu macam minyak enjin. Bila kering, semua mula haus.”

Barista sambung,

“Betul bang. Orang sekarang beli kuasa, bukan bina kuasa.
Padahal yang paling kuat tu bukan mesin — tapi orang yang sabar nak faham.”


Penutup – Mesin & Manusia

Masa kami nak balik, Aris hidupkan Repsol dia.
Bunyi idle rumble bergema lembut, tapi tak seimbang.
Barista senyum, lap meja sambil cakap:

“Ha, bunyi macam tu lawa, tapi kalau AIC asyik main naik-turun,
bukan enjin je haus — iman pun teruji.”

Kami semua ketawa.
Wan buka pintu kereta, sempat cakap:

“Kau memang tak boleh tipu mesin. Dia tahu siapa yang faham dia.”

Aku pakai helmet, start Palestin.
Bunyi enjin smooth — cukup sopan untuk telinga, cukup kuat untuk maruah.

Aku senyum, “ECU bukan EGO Control Unit.
Yang penting, siapa yang control siapa.”

Aris angkat tangan,

“Bang, next time nak kirim setting STP boleh?”

Aku gelak.
“Ceh… Ingat nak kirim sticker ‘Setting X Ngam’ tadi, Setting boleh tiru.
Tapi ilmu kena cari — lain motor, lain mod, lain setting-nya bro.”

Kami keluar dari parkir, barista pandang dari jauh, lap meja sekali lagi, dan berbisik:

“Laju tak semestinya menang, bang. Kadang orang yang balik dulu tu yang hidup lama.”


☕ Hachik Khau’s Closing Punch

“Knowledge is power.
Power without control is just noise.
Standard Tapi Power — Setting X Ngam, itu baru jiwa legend.