18 November 2024

Dari Test Ride ke Ride Life: Bagaimana Benelli RFS 150i Menjadi Partner Setia Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Selamat datang ke blog Hachik Khau. Ramai yang tanya kenapa aku pilih Benelli RFS 150i sebagai partner. Bukan sekadar ‘Motor Harian’ – dia juga teman projek YouTube aku, Weekend Go Travel. Jom, aku cerita dulu macam mana boleh ‘jatuh hati’ dengan RFS ni…

               Dari awal lagi, Pokcik memang aim nak sambar Sport Bike – ushar CBR 250RR, cutting dia tu dah ala-ala Nora Danish perghhhhh memang seksi habis weh! Walaupun terpaksa tengok ‘Janda Tua’ jer – Mileage dah tinggi, dah lama melayan owner lama dia Ride ke Danok balik hari. Tapi bile tanya wang hantaran masih Kerasss, perghhhh dah macam buat deposit beli rumah! Terpaksa lah aku start ricky-ricky model lain yang lebih mesra poket, Modenas Pulsar RS200. Potensi dia nampak macam ok, sporty jugak dan yang penting tak lah makan poket sangat. Kalau kene gayanya ni, boleh jadi pilihan tepat.

               Tanya punya tanya, ada sorang member ni dia sanggup bagi aku pinjam seminggu untuk test ride. Syarat dia simple je – Janji tolong servis, tukarkan minyak hitam sebab dah dekat sampai Mileage. Setuju je lah kan… Bapak punya excited, mana tau inilah motor idaman kalbu. Sekurang-kurangnya boleh rasa sendiri tengok ngam ke tak ngam untuk kegunaan harian dan travel jauh, balik Negeri Sembilan weekend tu. Deal punya deal, dapatlah motor tu lebih kurang seminggu sebelum cuti CNY.

               Bila dapat test ride RS200, memang power dia terasa! Tapi setiap kali bawak masuk jalan jem, stress juga sebab saiz badan besar – mencilok pun susah, hari-hari lambat masuk kerja. Seronok tu seronok, tapi dalam hati terfikir… mungkin ni bukan pilihan terbaik kalau nak motor yang lincah buat daily commute. Hari-hari ‘stress test’ kat jalan raya! Menguji kesabaran betul.

               Masa cuti CNY tu aku pun bawak RS200 tu balik kampung, nak test long ride pulak. Overall, memang takde masalah sangat, memang sedap bawak, stabil dan selesa untuk ride jauh. Pikap memang berdesup. Senang-senang nak dapat 125-130km/j. Tapi waktu Tengah sedap ride tu, tiba-tiba ada kapcai-kapcai dok pintas kiri kanan – Y Suku, RS, LC, semua pun nak tunjuk power. Yang terpaling pedih tu, ada satu motor lagenda 115i double rider, selamba je dia pintas aku pelan-pelan. Panas giler weh masa tu. Kalau motor ni aku punya, memang dah aku bakar atau aku timbang kati! Nasib motor pinjam bukan motor sendiri.

Dari pengalaman ni, RS200 ni memang sedap jalan straight dan tak jem. Motor ni memang ada potensi, tapi banyak mende boleh nak di godek untuk improve performance dia – kene buat engine tuning, adjust sprocket. Tapi disebabkan saiz dia yang agak besar dan lebar tu memang susah nak mencilok kat jalan yang sesak. Niat asal nak sport bike tu terpaksa aku fikir balik. Yang aku betul-betul perlukan – sebuah motor yang lincah dan senang nak mencilok, steady, cukup laju untuk perjalanan jauh – Kapcai lah jugak pilihan paling ngam. Betul lah orang cakap, ukur baju di badan sendiri!

               Lepas buat kira-kira, aku mula ushar-ushar motor kapcai yang power. Dalam banyak-banyak model, empat saja yang tangkap perhatian aku: Honda RS150, Yamaha Y15, SYM VF3i dan Benelli RFS 150i. Mulanya, RS150 tu memang nampak menarik sebab aku dah biasa pakai Honda, jadi kiranya dah fahamlah dengan kerenah Honda ni. Tapi bila tengok harga dia, perghhhh, Kayangan peringkat tertinggi weh! Boleh kata harga dia tidak jauh sangat pun dengan Y15. Cuma disebabkan aku memang tak minat sangat brand Yamaha yang mahal nie, jenis bangsa cepat lemau bila pakai lama, aku memang tak minat jenis asyik kene repair selalu. Tinggal lah SYM VF3i dengan Benelli RFS ni.

                Satu hari tu time aku Tengah scroll-scroll iklan kapcai, ternampak gambar Benelli RFS 150i LE. Sekali pandang je aku dah terus jatuh cinta Serius weh, design dia mengancam betul! Bile aku check iklan dia, eh, dia siap sarungkan USD siottt… Memang seksi weh! Motor lain kalau nak pakai USD, memang kene labur modal lagi untuk upgrade. Tapi yang ni, dah siap-siap keluar dari kilang? Ni baru betul acah-acah Sportbike! Bukan itu je, untuk model LE dan SE dia siap-siap bagi Adjustable Monoshok, Adjustable Brake lever dan Adjustable Clutch Lever. Tengok spek dah nampak macam tak payah pening kepala nak usik barang lagi dah – Ni dah macam complete package nie, ready-to-go don’t let go!

               Inikah jodohku? Yang aku tau Benelli RFS 150i LE ni pasti akan jadi teman sejati pengembaraan aku – jenis kapcai rare yang bukan setakat feeling Sportbike, tapi senang betul nak layan. Spec dia semua ngam dengan citarasa aku yang dah biasa godek barang dari zaman motor lama lagi. Kiranya dia ni macam partner in crime untuk semua ride dan projek aku. Jadi apa lagi, Benelli RFS 150i LE, kau memang dah lock tempat dalam wishlist aku!

               Jadi begitulah kisah cinta pandang pertama aku, ewahhh… Akhirnya aku terjebak dengan si Benelli RFS 150i LE ini. Rupa tak cukup, feel bawak motor ni memang ngam dengan jiwa aku—lebih-lebih lagi bila ride jauh hujung minggu. Kalau korang follow nanti dalam channel Weekend Go Travel, korang boleh ikut Bersama-sama dengan aku secara lebih dekat ride life aku – dari saat aku hidupkan enjin, layan corner sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, yang paling penting pasti ada part mengopi-ngopi ditempat yang rare dan menarik. Dalam episode-episod yang datang, korang akan tengok aku terjah tempat-tempat yang rare dan jarang orang singgah sambil layan motor ni.

               Jadi, apa sebenarnya yang istimewa sangat dengan Benelli RFS ni? Bukan setakat USD dan adjustable monoshock, ada satu mod rahsia yang aku yakin korang akan suka, terutama bila layan jalan panjang. Aku janji, next episode ni korang akan tengok motor ni unleash sepenuhnya kat jalan raya. Kalau nak tahu apa mod yang buat motor ni lain macam, tunggu je episod Weekend Go Travel akan datang! Mana tau korang rasa nak join skali ride hujung minggu nanti!

Bagi korang yang sama-sama kaki modifikasi, korang kena stay tuned dalam channel Weekend Go Travel. Lepas ni, kita bukan sekadar ride… kita ride dengan style. Jangan lupa subscribe dan ikut ride hujung minggu aku. Banyak lagi cerita dan tips menarik yang menunggu! Lepas ni, kita bukan sekadar ride… kita ride dengan style.

               Jangan lupa subscribe Weekend Go Travel dan follow Ride Hujung Minggu aku, stay tuned sebab banyak lagi content menarik akan datang – dari tips modifikasi, episode ‘ngopi’ special, sampai ke perjalanan-perjalanan solo yang adventure habis.

14 Oktober 2024

Benelli RFS 150i: Sejarah & Evolusi Motosikal Kapcai Berprestasi Tinggi

    Bila sebut pasal Benelli, mungkin ramai kat Malaysia yang akan rasa macam asing sikit dengan jenama ni. Tapi hakikatnya, bagi peminat motosikal terutama yang mengikuti dunia perlumbaan, Benelli bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Jenama ni memang tersohor di Eropah, setaraf dengan nama-nama besar macam Aprilia, Cagiva, dan Ducati. Ditubuhkan sejak tahun 1911 di Pesaro, Itali, Benelli ada sejarah yang panjang dalam dunia permotoran—dari bengkel kecil yang hasilkan motosikal untuk kegunaan harian dan juga sukan, sampai jadi antara nama besar yang diiktiraf seluruh dunia.

    Sejarah Benelli ni penuh dengan inovasi dan pencapaian dalam dunia motosikal. Dari awal lagi, mereka fokus untuk gabungkan gaya, prestasi, dan teknologi dalam setiap motosikal yang dihasilkan. Lepas lebih satu abad beroperasi, Benelli terus kekal relevan walaupun ada banyak perubahan dalam industri dan ekonomi global.

    Tahun 2005 jadi titik perubahan besar bila Qianjiang Group dari China ambil alih Benelli. Dengan pemilikan baru ni, strategi syarikat berubah, tapi ke arah yang lebih baik. Mereka gabungkan teknologi Itali dengan kelebihan pengeluaran murah dari China. Gabungan ni bukan je turunkan kos pengeluaran, tapi juga pastikan motosikal Benelli kekal kompetitif dari segi harga tanpa mengorbankan ciri-ciri prestasi. Ini penting terutamanya bila masuk ke pasaran Asia Tenggara yang sangat meminati motosikal kapcai.

    Benelli RFS 150i mula dilancarkan pada 2017, dan motosikal ni direka khas untuk bersaing dalam segmen 150cc yang memang tengah panas masa tu. Dalam kalangan kapcai, RFS 150i berjaya menonjol dengan reka bentuk yang garang, berani, dan teknologi yang jarang ditemui pada motosikal lain dalam kelas ni.



Ciri-Ciri Utama RFS 150i Limited Edition: Gabungan Eksklusiviti & Prestasi

    Untuk versi Limited Edition, Benelli naikkan lagi taraf RFS 150i ni, buatkan ia lebih daripada sekadar kapcai biasa. Dihasilkan dalam kuantiti terhad, motosikal ni memang dibina untuk yang betul-betul menghargai gabungan antara gaya dan prestasi. Berikut adalah ciri-ciri utama yang menjadikan Benelli RFS 150i Limited Edition istimewa:

1. Reka Bentuk Eksklusif dengan Sentuhan Itali

Motosikal ni tampil dengan reka bentuk eksklusif yang ada sentuhan Itali—gaya yang anggun dan agresif. Kombinasi warna matte dan metallic, bersama dengan grafik yang lebih menyerlah, buatkan motosikal ni nampak lain daripada yang lain. Kalau parkir sebelah motosikal lain, memang senang je nak kenal mana satu RFS 150i ni.

2. Enjin Triple-Spark: Teknologi Unik untuk Pembakaran Optimum

Benelli RFS 150i Limited Edition ni dilengkapi dengan enjin 149.8cc SOHC 4-lejang yang guna teknologi Triple-Spark (tiga palam pencucuh). Teknologi ni pastikan campuran bahan api dan udara dalam kebuk pembakaran dibakar dengan lebih menyeluruh, menghasilkan kuasa yang lebih responsif dan penjimatan bahan api yang lebih baik. Jadi, walaupun kecil, motosikal ni tetap mampu memberikan prestasi laju dan sesuai untuk pelbagai keadaan jalan.

3. Suspensi Depan Teleskopik Terbalik (USD) untuk Kestabilan Maksimum

Benelli tak main-main bila mereka letakkan suspensi depan teleskopik terbalik (USD) pada RFS 150i ni. Suspensi jenis ni biasanya ada pada motosikal sport yang lebih besar, tapi Benelli berjaya bawakan ciri premium ni ke dalam segmen kapcai. Kelebihan utama USD ialah ia bagi kestabilan yang lebih baik masa melalui selekoh tajam atau kelajuan tinggi, buatkan tunggangan rasa lebih smooth dan selamat.

4. Rim Lebar untuk Pengendalian yang Lebih Baik

Versi Limited Edition datang dengan rim yang lebih lebar, bagi pengendalian yang lebih stabil dan cengkaman yang lebih baik kat jalan. Kalau menunggang waktu hujan atau permukaan jalan yang licin, lebar tayar tambahan ni bagi keyakinan lebih masa nak buat selekoh atau brek.

5. Sistem Lampu LED yang Terang & Jelas

Untuk penunggang yang suka ride waktu malam, sistem lampu LED pada motosikal ni memang sangat membantu. Pencahayaan yang terang dan jelas bukan je pastikan penunggang lain nampak kau, tapi juga buat kau lebih selamat sebab jalan depan lebih terang.

6. Paparan Digital Moden untuk Semua Maklumat Penting

Bila naik motosikal ni, kau akan perasan yang paparan instrumen digital dia sangat informatif. Semua maklumat penting seperti kelajuan, tahap minyak, dan RPM dipaparkan dengan jelas. Jadi, kalau kau jenis yang suka monitor prestasi motosikal, paparan ni sangat berguna.

Pengalaman Peribadi Menunggang Benelli RFS 150i

    Setiap kali aku menunggang Benelli RFS 150i Limited Edition, perasaan dia memang lain macam. Walaupun kapcai, vibe motosikal ni seakan-akan kau tengah bawa sportsbike kecil dengan sentuhan premium. Tak banyak kapcai yang direka dengan center weight yang sangat stabil dan kemampuan manuver yang lincah macam ni, sampai kau rasa macam tengah bawa sportbike 250cc ke atas. Setiap kali kau tarik throttle, enjin dia memang bagi respons padu—tak rasa kosong, tak delay, terus kasi kuasa yang kau nak.

    Korang bayangkan kalau tengah laju kat highway, bawa kapcai biasa, tiba-tiba terjah bumper yang tak nampak. Memang melambung weh! Kalau nasib tak baik, boleh buat peta jalan baru kat badan. Tapi dengan RFS 150i ni, rasa tu lain. Suspensi depan jenis USD buatkan hentakan jadi lebih smooth, dan rim lebar bagi pengendalian yang solid—kau boleh harung jalan yang tak rata tanpa rasa melambung-lambung.

    Ada satu insiden masa minggu pertama aku pakai RFS ni. Tengah cruising kat Highway Plus dalam 110 km/j, tiba-tiba seekor monyet melintas masa aku dah dekat sangat. Tak sempat nak elak, aku langgar je. Alhamdulillah, aku masih boleh kawal motor dengan steady dan teruskan perjalanan. Monyet tu je lah yang jadi mangsa. Masa tu, aku memang betul-betul bersyukur sebab kalau kapcai lain, dengan kelajuan macam tu, entah-entah dah terseret atas jalan.

    Masa cornering, kau rasa lebih yakin sebab tayar lebar yang aku pakai sekarang memang cengkam habis. Aku pernah kena waktu ride dalam hujan, lepas tu jumpa satu tompok minyak masa tengah masuk selekoh. Walaupun tak laju sangat, motosikal aku ni tetap boleh maintain kestabilan dan selamat lepas situasi tu. Ada penunggang lain berhampiran aku yang hampir terbabas sebab hilang traction, tapi Benelli aku ni memang steady je. Kalau ride jauh, enjin dia tak cepat panas, dan bunyi ekzos dia ada karakter tersendiri—bunyi dia bukan bising semata-mata, tapi ada satu tone yang buatkan ride tu rasa lebih feel dan bersemangat.

Kenapa Benelli RFS 150i Menjadi Pilihan Peminat Motosikal?

    RFS 150i ni memang bagi pakej lengkap yang tak banyak motosikal lain boleh tawarkan dalam kategori kapcai. Dengan harga yang berpatutan, kau dapat gaya eksklusif yang berbeza, prestasi yang solid, dan teknologi yang inovatif. Untuk kapcai yang dah lengkap macam ni, kau tak perlu tambah banyak benda pun dah boleh rasa gaya menunggang sportbike.

    Untuk korang yang nak tampil lain daripada yang lain, RFS 150i Limited Edition ni memang pilihan tepat. Kau bukan je dapat motosikal yang rare dan jarang nampak bersepah-sepah kat jalan, tapi juga dapat rasa kepuasan bawa motosikal yang tak ramai orang mampu miliki. Dia bukan sekadar motor untuk perjalanan harian, tapi lebih kepada pengalaman menunggang yang lain macam. Dengan standard setting dia pun dah cukup untuk kasi kau rasa thrill dan vibe sporty yang diidamkan oleh peminat motosikal.



17 Jun 2024

[RIDE & KERETA] Bila Jiwa Dah Mula Bergerak, Tapi Motor Masih Duduk Di Tempat Lama

"Kadang, kita bukan cari motor baru. Kita cuma cari bukti… yang kita masih bergerak ke depan."


🌒 Wave Yang Setia, Tapi Tak Lagi Sekepala

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku tak pernah plan pun nak beli motor baru.
Serius. Aku bukan kaki rempit. Aku bukan pengumpul motor.
Bagi aku, motor tu alat. Asalkan boleh gerak, boleh sampai, cukup.

Dulu, aku setia dengan Honda Wave 110RS — motor warisan dari Cik Dah.
Kira motor ni dah lalui dua generasi pemilik dalam keluarga.
Dari Cik Dah, sambung ke aku.
Lima tahun dia berbakti dengan aku, sebelum tu pun dah 3–5 tahun bersama Cik Dah.
Tak pernah meragam besar. Servis ikut masa. Enjin masih dara.
Kalau kau tanya aku tahun lepas —
"Kau nak tukar motor tak?"
Aku akan gelak. “Buat apa? Ni pun dah cukup.”

Tapi kadang-kadang, hidup tak tanya soalan.
Hidup bagi rasa.


🚧 Bila Jalan Jauh Buat Kita Nampak Jauh

Aku tinggal di KL.
Kerja di KL.
Trafik macam biasa: sesak, panas, dan penuh bunyi hon.
Tapi dua minggu sekali, aku akan balik kampung — Negeri Sembilan.

Dan kat situlah cerita sebenar mula hidup.

Wave aku, walaupun masih bertenaga…
bila sampai lebuh raya, aku mula dengar dia “mintak berhenti.”
Top speed tak lepas 90km/j, walaupun throttle aku dah macam nak tembus tangki.
Pickup okay — tapi lepas 70km/j, dia macam kehabisan jiwa.
Bunyi enjin jadi macam rintihan.

Dan dalam ride yang panjang tu…
aku mula dengar suara lain — bukan dari enjin. Tapi dari dalam diri sendiri.

"Sampai bila aku nak terus pakai alat yang bukan lagi sesuai dengan perjalanan aku?"


🔍 Perjalanan Mencari, Bukan Sekadar Membeli

Aku bukan jenis suka beli ikut nafsu.
Motor baru bukan benda murah.
Dan aku dah terlalu lama hidup dalam fasa “cukup, asal boleh” — sampai aku lupa, kadang kita layak untuk lebih baik, asalkan kena dengan keperluan.

So aku buat benda yang ramai tak sabar nak buat:
Survey. Kaji. Tanya. Perhati. Banding.

Aku senaraikan 3 benda aku perlu:

  1. Kecil & Lincah — sebab KL ni bukan tempat untuk motor besar gedabak. Aku perlukan senjata urban yang ringan tapi tangkas.

  2. Sesuai untuk Perjalanan Jauh — balik kampung bukan ride 15 minit. Motor tu kena steady, pickup mantap, dan tahan pecut tanpa meraung minta simpati.

  3. Selesa + Stabil — sebab aku bukan lagi penunggang muda yang boleh redah hujan ribut dengan tulang kaku. Aku cari motor yang jaga badan aku, bukan sekadar bawa badan aku.


🛠️ Jodoh Bernama Benelli

Satu demi satu aku tolak:
Ada yang lawa, tapi makan minyak.
Ada yang murah, tapi tak stabil.
Ada yang ramai guna, tapi tak cukup ‘ngam’ dengan aku.

Sampailah aku jumpa dia:
Benelli RFS 150i Limited Edition (LE)

Kecil? ✅
Tahan redah jammed KL? ✅
Power & pickup padu untuk highway? ✅
Fuel injection. Suspensi mantap. Rekaan moden. Ada ‘soul’. ✅✅✅

Aku beli dari Encik Shah kat Sri Kembangan.
RM2,000 je — lengkap dengan geran, LE cert, dan monorack Givi.
Macam motor tu memang tunggu aku.


🧘🏻 Bila Kenderaan Bukan Lagi Alat, Tapi Kawan Seperjalanan

Lepas seminggu guna, aku tahu —
aku tak salah pilih.

Dia bukan motor perfect. Tapi dia cukup semua benda yang aku perlukan.
Dan yang paling penting…

Dia tak tarik aku ke belakang. Dia ikut aku ke depan.

Kadang kita tak sedar — kita dah berubah.
Kita dah tak sama macam dulu. Tapi kita masih guna alat yang dibina untuk “dulu”.

Dan itu yang buat hidup rasa stuck.
Bukan sebab kita gagal. Tapi sebab kita masih guna versi lama untuk capai diri yang baru.


Kalau kau tengah rasa benda yang sama…

mungkin ini masa untuk tanya diri:

Motor kau masih okay? Atau kau sebenarnya dah jauh… tapi dia masih tertinggal di tempat yang kau tinggalkan dulu?

Jangan tanya apa motor aku pakai, try tanya diri korang, motor apa yang kau perlu?

15 April 2024

[CERITA TEPI] Pokcik, Blog, dan Kuda Besi berJiwa



“Pernah tak kau rasa... hidup ni bukan pasal destinasi, tapi siapa yang kau temui sepanjang jalan?”

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Aku Pokcik. Bukan ustaz. Bukan influencer. Cuma seorang peminat kuda besi yang dah lama ride, banyak tersesat, dan lagi banyak belajar dari jalan yang sunyi.

Blog ni bukan tempat nak tunjuk siapa paling laju.
Bukan juga medan nak sembang spek motor sampai lupa nak hidup.

Ini tempat lepak. Tempat kita borak pasal hidup, ride, dan segala benda yang buat jiwa rasa hidup balik. Kadang aku tulis pasal tips motor. Kadang pasal kisah sedih tepi jalan. Kadang pasal duit, pasal dunia, pasal pilihan yang kita buat masa tengah lepak kat stesen minyak jam 2 pagi.

Aku tak janji semua tulisan aku buat kau ketawa.
Tapi aku harap… ada yang buat kau rasa:

“Adoi… macam aku je ni.”

Blog ni aku bina sebab aku percaya — kita semua ada cerita.
Dan kadang, cerita tu cuma perlu tempat untuk didengar.

Jadi selamat datang.
Kalau kau tengah cari jalan keluar… atau sekadar nak teman berfikir masa ride…
Aku ada kat sini.