18 November 2024

Dari Test Ride ke Ride Life: Bagaimana Benelli RFS 150i Menjadi Partner Setia Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Selamat datang ke blog Hachik Khau. Ramai yang tanya kenapa aku pilih Benelli RFS 150i sebagai partner. Bukan sekadar ‘Motor Harian’ – dia juga teman projek YouTube aku, Weekend Go Travel. Jom, aku cerita dulu macam mana boleh ‘jatuh hati’ dengan RFS ni…

               Dari awal lagi, Pokcik memang aim nak sambar Sport Bike – ushar CBR 250RR, cutting dia tu dah ala-ala Nora Danish perghhhhh memang seksi habis weh! Walaupun terpaksa tengok ‘Janda Tua’ jer – Mileage dah tinggi, dah lama melayan owner lama dia Ride ke Danok balik hari. Tapi bile tanya wang hantaran masih Kerasss, perghhhh dah macam buat deposit beli rumah! Terpaksa lah aku start ricky-ricky model lain yang lebih mesra poket, Modenas Pulsar RS200. Potensi dia nampak macam ok, sporty jugak dan yang penting tak lah makan poket sangat. Kalau kene gayanya ni, boleh jadi pilihan tepat.

               Tanya punya tanya, ada sorang member ni dia sanggup bagi aku pinjam seminggu untuk test ride. Syarat dia simple je – Janji tolong servis, tukarkan minyak hitam sebab dah dekat sampai Mileage. Setuju je lah kan… Bapak punya excited, mana tau inilah motor idaman kalbu. Sekurang-kurangnya boleh rasa sendiri tengok ngam ke tak ngam untuk kegunaan harian dan travel jauh, balik Negeri Sembilan weekend tu. Deal punya deal, dapatlah motor tu lebih kurang seminggu sebelum cuti CNY.

               Bila dapat test ride RS200, memang power dia terasa! Tapi setiap kali bawak masuk jalan jem, stress juga sebab saiz badan besar – mencilok pun susah, hari-hari lambat masuk kerja. Seronok tu seronok, tapi dalam hati terfikir… mungkin ni bukan pilihan terbaik kalau nak motor yang lincah buat daily commute. Hari-hari ‘stress test’ kat jalan raya! Menguji kesabaran betul.

               Masa cuti CNY tu aku pun bawak RS200 tu balik kampung, nak test long ride pulak. Overall, memang takde masalah sangat, memang sedap bawak, stabil dan selesa untuk ride jauh. Pikap memang berdesup. Senang-senang nak dapat 125-130km/j. Tapi waktu Tengah sedap ride tu, tiba-tiba ada kapcai-kapcai dok pintas kiri kanan – Y Suku, RS, LC, semua pun nak tunjuk power. Yang terpaling pedih tu, ada satu motor lagenda 115i double rider, selamba je dia pintas aku pelan-pelan. Panas giler weh masa tu. Kalau motor ni aku punya, memang dah aku bakar atau aku timbang kati! Nasib motor pinjam bukan motor sendiri.

Dari pengalaman ni, RS200 ni memang sedap jalan straight dan tak jem. Motor ni memang ada potensi, tapi banyak mende boleh nak di godek untuk improve performance dia – kene buat engine tuning, adjust sprocket. Tapi disebabkan saiz dia yang agak besar dan lebar tu memang susah nak mencilok kat jalan yang sesak. Niat asal nak sport bike tu terpaksa aku fikir balik. Yang aku betul-betul perlukan – sebuah motor yang lincah dan senang nak mencilok, steady, cukup laju untuk perjalanan jauh – Kapcai lah jugak pilihan paling ngam. Betul lah orang cakap, ukur baju di badan sendiri!

               Lepas buat kira-kira, aku mula ushar-ushar motor kapcai yang power. Dalam banyak-banyak model, empat saja yang tangkap perhatian aku: Honda RS150, Yamaha Y15, SYM VF3i dan Benelli RFS 150i. Mulanya, RS150 tu memang nampak menarik sebab aku dah biasa pakai Honda, jadi kiranya dah fahamlah dengan kerenah Honda ni. Tapi bila tengok harga dia, perghhhh, Kayangan peringkat tertinggi weh! Boleh kata harga dia tidak jauh sangat pun dengan Y15. Cuma disebabkan aku memang tak minat sangat brand Yamaha yang mahal nie, jenis bangsa cepat lemau bila pakai lama, aku memang tak minat jenis asyik kene repair selalu. Tinggal lah SYM VF3i dengan Benelli RFS ni.

                Satu hari tu time aku Tengah scroll-scroll iklan kapcai, ternampak gambar Benelli RFS 150i LE. Sekali pandang je aku dah terus jatuh cinta Serius weh, design dia mengancam betul! Bile aku check iklan dia, eh, dia siap sarungkan USD siottt… Memang seksi weh! Motor lain kalau nak pakai USD, memang kene labur modal lagi untuk upgrade. Tapi yang ni, dah siap-siap keluar dari kilang? Ni baru betul acah-acah Sportbike! Bukan itu je, untuk model LE dan SE dia siap-siap bagi Adjustable Monoshok, Adjustable Brake lever dan Adjustable Clutch Lever. Tengok spek dah nampak macam tak payah pening kepala nak usik barang lagi dah – Ni dah macam complete package nie, ready-to-go don’t let go!

               Inikah jodohku? Yang aku tau Benelli RFS 150i LE ni pasti akan jadi teman sejati pengembaraan aku – jenis kapcai rare yang bukan setakat feeling Sportbike, tapi senang betul nak layan. Spec dia semua ngam dengan citarasa aku yang dah biasa godek barang dari zaman motor lama lagi. Kiranya dia ni macam partner in crime untuk semua ride dan projek aku. Jadi apa lagi, Benelli RFS 150i LE, kau memang dah lock tempat dalam wishlist aku!

               Jadi begitulah kisah cinta pandang pertama aku, ewahhh… Akhirnya aku terjebak dengan si Benelli RFS 150i LE ini. Rupa tak cukup, feel bawak motor ni memang ngam dengan jiwa aku—lebih-lebih lagi bila ride jauh hujung minggu. Kalau korang follow nanti dalam channel Weekend Go Travel, korang boleh ikut Bersama-sama dengan aku secara lebih dekat ride life aku – dari saat aku hidupkan enjin, layan corner sambil menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, yang paling penting pasti ada part mengopi-ngopi ditempat yang rare dan menarik. Dalam episode-episod yang datang, korang akan tengok aku terjah tempat-tempat yang rare dan jarang orang singgah sambil layan motor ni.

               Jadi, apa sebenarnya yang istimewa sangat dengan Benelli RFS ni? Bukan setakat USD dan adjustable monoshock, ada satu mod rahsia yang aku yakin korang akan suka, terutama bila layan jalan panjang. Aku janji, next episode ni korang akan tengok motor ni unleash sepenuhnya kat jalan raya. Kalau nak tahu apa mod yang buat motor ni lain macam, tunggu je episod Weekend Go Travel akan datang! Mana tau korang rasa nak join skali ride hujung minggu nanti!

Bagi korang yang sama-sama kaki modifikasi, korang kena stay tuned dalam channel Weekend Go Travel. Lepas ni, kita bukan sekadar ride… kita ride dengan style. Jangan lupa subscribe dan ikut ride hujung minggu aku. Banyak lagi cerita dan tips menarik yang menunggu! Lepas ni, kita bukan sekadar ride… kita ride dengan style.

               Jangan lupa subscribe Weekend Go Travel dan follow Ride Hujung Minggu aku, stay tuned sebab banyak lagi content menarik akan datang – dari tips modifikasi, episode ‘ngopi’ special, sampai ke perjalanan-perjalanan solo yang adventure habis.