16 Jun 2025

[EPISOD 1] KAU PILIH KERETA ATAU KERETA PILIH KAU?

 Sebuah siri tentang kenderaan dan pilihan hidup


“Pernah tak kau rasa… kenderaan yang kau beli tu macam tak rela je dengan kau?” Kadang rosak manja-manja, kadang menduga jiwa.
Minyak hitam baru tukar, tiba-tiba enjin terus tak boleh berputar.
Baru setel bayar ansuran, tiba-tiba tayar bengkak minta tukar.
Kadang tu baru nak masuk highway, tiba-tiba terus dia ajak berhenti ke tepi.

Kadang aku terfikir…

“Kereta ni sebenarnya kita yang pilih dia... atau dia yang pilih kita?”

Sebab hakikatnya, dalam hidup ni — bukan semua benda yang kita pilih, sesuai untuk kita. Dan kereta… bagi aku, dia seolah-olah berjiwa. Baru cerita nak cari yang lain, terus dia merajuk tak nak bawak kita ke mana-mana. Sebab ramai tak beli dengan jiwa. Ramai beli sebab gaya.

Kau cuba tengok sekeliling —
Ada yang beli kereta sebab nak impress awek.
Ada yang baru tukar Civic, tapi dalam hati takde sivik.
Ada yang beli sebab rasa dah cukup “berjaya”.
Tapi bila bulan keempat bayar ansuran, dah start Google keyword: “kenapa dengan kereta saya?”

Kereta ni... dia tak semata-mata alat.
Dia boleh jadi partner yang setia, kalau kau tahu cara jaganya.
Tapi dia juga boleh jadi beban — kalau kau cuma nak tunggang dia tanpa pernah tanya:

“Aku ni tuan... atau penumpang yang sombong?”

Cerita ni bukan tentang kereta semata.
Tapi tentang manusia yang fikir dia pandai pilih…
Sedangkan dia tak pernah tanya —

“Aku ni... betul-betul layak ke untuk dipilih?”


Sejak awal tahun 2025, rumah Kak Ngah makin sunyi rasanya. Honda City yang dulu selalu dibawa ke sana sini, kini makin lama makin dingin — terbiar sepi. Seperti menunggu sesuatu. Atau mungkin… sedang menunggu seseorang yang sudi membawanya keluar berjalan-jalan semula.

Kak Ngah rasa berat hati tengok kereta tu terus terbiar. Katanya, daripada biarkan ia mereput tak berjaya, baik beri pada siapa yang boleh jaga dan manfaatkan. Tapi bukan sebarangan orang. Kena orang yang betul-betul tahu menghargai.

Lepas beberapa kali tenung kereta tu dari celah pintu yang sedikit terbuka, Kak Ngah kumpulkan kekuatan.

“Dah 43 hari terpendam di dada nak cerita... Tapi tak kuat nak bagitau... Pagi ni baru dapat kekuatan dia,” tulis Kak Ngah dalam WhatsApp group keluarga.

Dia jemput dua orang datang rumah. Aku dan Wan. Takde intro fancy. Takde briefing panjang. Cuma satu mesej ringkas yang aku rasa, beratnya lebih dari semua group project aku zaman belajar dulu.

“Bila free datanglah rumah Kak Ngah. Tapi kena datang dengan Along Wan. Kak Ngah ada nak cerita kat you two.”


Petang Sabtu tu, aku dan Wan sampai di rumah Kak Ngah. Kak Ngah tenang, tapi sedikit muram. Anak-anak dia semua pun ada di rumah. Terasa macam satu dewan perbicaraan kecil keluarga.

Kak Ngah mula buka cerita.

"Dulu Abang Mus selalu juga bawak keluar Honda City ni... Tapi semenjak dia tak sihat hari tu, lama dah Honda tu tak 'berjaga'."

Dia pandang lama ke arah tingkap, seolah kereta tu masih berdiri tegak dalam ingatan dia.

"Budak-budak ni ada la juga sesekali bawak keluar... tu pun sebab Kak Ngah suruh panaskan enjin. Tapi masing-masing pun dah ada kereta sendiri."

Dia menghela nafas panjang.

"Kalau kereta ni dok terletak depan rumah macam ni... entah-entah esok lusa terus rosak pula. Kak Ngah pun dah lama tak memandu. Rasa rugi kalau terus biarkan dia mereput begitu."

Dia tenung kami berdua.

"Kak Ngah nak bagi percuma je kereta ni pada siapa yang boleh jaga kereta tu elok-elok. Kak Ngah taknak kereta ni rosak terbiar. Siapa yang rasa mampu, ambillah. Tapi Kak Ngah pesan awal-awal, siapa datang dulu, dia yang dapat. First come, first serve."

Aku tersentak. Tapi aku tak terus menjawab. Dalam hati aku masih terbayang telitinya Abg Mus jaga kenderaan keluarga mereka dulu.

"Kak Ngah, boleh bagi masa seminggu untuk berfikir? Saya nak bincang dulu dengan CikDah."


Malam tu aku ajak Wan ride jauh — aku dengan Benelli RFS aku, dia pun dengan RFS dia. Sama, tapi tak serupa. Dah lama aku perasan… Masa aku pakai Proton Saga LMST, dia pun cari Saga Sedan. Aku beli Benelli RFS 150i Limited Edition, dia pun beli Benelli RFS 150i Limited Edition, siap mod sekali.

Aku tak tuduh. Cuma aku perasan...

Sampai kat R&R Rawang, aku tanya dia pasal kereta Kak Ngah.

"Wan, apa pendapat kamu tentang offer Mak Ngah tu?"

"Kalau kamu nak ambik ke Honda tu, Pokcik okay je. Nak tak nak Pokcik kene juga cari kereta lain dalam tahun ni.. Yang penting, siapa ambik, kena sanggup tanggung."

Aku ceritakan juga kondisi kereta tu, masalah-masalah kecil yang aku tahu — CVT slip sikit, body bushing longgar, enjin kasar. Tapi bagi aku, semua tu manageable.

Dia dengar. Tapi senyap. Macam tak kisah.


Ahad tu CikDah call. Aku bincang dengan dia pasal Honda tu. Dia setuju. Dia tahu aku memang tengah cari kereta yang:

  • Nampak presentable sikit untuk kerja

  • Selesa untuk outstation dan bawa equipment

  • Jimat minyak sebab aku selalu ulang alik jauh ke Johol

Tapi aku cakap juga — Kak Ngah bukan offer aku sorang. Boleh jadi Wan yang dapat. Jadi aku fikir, kalau bukan aku yang dapat, aku nak bantu Wan cari kereta lain ikut kemampuan dia.

Aku pernah terfikir nak bantu kewangan, atau bagi Saga LMST aku.

Tapi bila aku cakap nak bantu… CikDah terus bantah.

"Kalau dia nak, biarlah dia usaha sendiri. Takkan semua benda pun nak kita suap? Kereta Saga tu pun, jangan mimpi. Aku tak sanggup tengok dia jahanamkan lagi sebijik."

Aku diam. Dia sanggup lepaskan kereta pertamanya untuk aku, tapi bukan untuk orang yang tak reti jaga amanah.


Hari Isnin tu aku terus WhatsApp Kak Ngah. Malam tu, aku pergi rumah dia.

"Kalau bukan rezeki saya, takpe. Tapi saya datang ni sebab saya nak Kak Ngah tahu... saya hargai peluang ni."


Selasa malam, Wan ajak lepak. Dia pandang aku, dan cakap:

"Pokcik… tak payah la ek ambik Honda tu. Wan ingat Wan nak ambik."

Ayat dia pendek. Tapi berat.

"Kalau Pokcik nak beli kereta lain, Wan boleh bantu sikit. Kita jual je kereta Saga lama Wan tu. Boleh tolong topup bajet Pokcik."

Aku senyum. Dalam hati: kereta yang tunggu rebah tu nak bantu aku? Tapi takpe…

“Aku tawarkan tangan. Dia pulang paku. Tapi takpe… aku dah buat bahagian aku.”

"Kalau kamu betul-betul nak, pergi lah jumpa Mak Ngah. Jangan cakap kat Pokcik je. Pergi beritahu Mak Ngah kenapa Wan perlukan kereta tu."


Malam esoknya aku scroll balik Mudah.my… cari kereta murah. Just in case.

Dan malam seterusnya, Kak Ngah mesej aku.

"Sabtu ni datang rumah. Anak-anak semua ada. Kita bincang pasal kereta tu."

Dalam hati aku berdebar. Tapi aku tahu satu benda:

"Aku dah datang. Aku dah nyatakan hasrat. Selebihnya, bukan kerja aku lagi."


[BERSAMBUNG DI EPISOD 2]


Cerita ni tak habis kat sini...
Ni baru permulaan kepada satu siri yang lebih dalam — tentang manusia, ego, pilihan… dan kenderaan yang bukan sekadar alat. Akan ada lima episod semuanya. Dan setiap satunya… makin dekat dengan realiti yang ramai orang tak berani hadap.

Episod seterusnya — keputusan muktamad siapa yang bakal menjadi tuan baru kepada Honda City ini. Tapi itu cuma satu bab kecil.

Sebab lepas tu, muncul kisah Wan. Dan deretan kenderaan yang datang dan pergi dalam hidup dia. Termasuk sebuah ‘keranda bergerak’ yang dia pilih… bukan sebab perlu, tapi sebab taknak kalah.

Jangan sangka kereta cuma soal “boleh jalan ke tak”. Kadang… dia jadi cermin diri kau sendiri.

Kau bersedia nak tengok siapa yang sebenarnya memandu... dan siapa yang selama ni cuma menumpang?

30 Mei 2025

Bila Langkah Kaki Dah Semakin Perlahan, Duit Pula Perlu Terus Melangkah Ke Hadapan…

 

…sebab kebebasan sebenar tak datang bergolek kalau kau hanya tunggu. Ia bermula dari poket yang bersedia.

 


Bayangkan kau bangun pagi, berkejar ke pejabat, terperangkap dalam jem. Pukul 9 masuk, pukul 6 balik, tunggu gaji hujung bulan. Bila gaji masuk, bil dah beratur panjang. Hidup cukup-cukup makan, tapi tak pernah cukup bebas.

Pernah tak kau berhenti sekejap, pandang ke langit… dan tanya diri sendiri:

“Sampai bila hidup aku nak macam ni? Takkan nak ulang skrip sama sampai mati?”

Aku pun tak tahu kenapa pagi tu mood aku rasa macam ke laut dalam. Terasa macam lemas semacam. Tengah picit-picit, tekan-tekan dan hentak-hentak manja mesin espresso kat pantry opis, gaya-gaya barista wannabe. Kopi hipster separuh siap, tiba-tiba dengar suara dari belakang:

“Buat kopi ke tu, bro?”

Aku toleh. Ammar. Muka senyum tersengeh macam biasa.

“Tak lah, aku tengah buat masak lemak daging salai ni. Nak rasa sikit?”

Pang! Dia blur 3 saat. Aku sambung buat kopi, dia follow masuk bilik IT.


“Bro… Korang tau pasal investment? Korang ada rasa macam nak mula tak?”


Soal dia direct. Perghhh… soalan Ammar tu macam peluru. Tepat ke sasaran.

Aku pandang Hidayat. Hidayat pandang aku balik. Tak biasa orang buka topik serius dalam vibe Monday blues.

“Investment jenis apa kau nak tahu?” aku balas, sambil kacau kopi perlahan-lahan. Cuba hadam apa yang dia cuba sampaikan.

Dan dari situlah bermula satu sesi borak pendek…

Yang kemudiannya jadi makin panjang…

Dan akhirnya jadi titik mula sesuatu yang lebih besar.




Ramai Dah Mula, Tapi Macam Main Uno — Sorok Kad

Sembang punya sembang, kami pun terkejut. Dah macam jumpa duit RM50 kat celah sofa.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya ramai antara kami dah pernah mula dan mencuba. Tapi layan senyap-senyap, sorang-sorang, diam-diam. Semua low-key macam agen CIA. Tapi masing-masing ada flavour sendiri.

  • Aku & Hidayat – Main kat Bursa. Ada yang layan slow burn, ada dah hangus kena burn.

  • Zul (bos aku) – ASB, emas, crypto. Sapu semua macam buffet all-you-can-eat.

  • Hasif – Baru nak berjinak-jinak. Ikut Zul, start dengan emas sebab "glitter tu nampak selamat."

  • Ammar – Plot twist. Rupanya ejen Unit Trust berlesen. Steady macam hero drama korporat.


Paling plot twist? 4 dari 5 orang dalam team ada akaun CDS. Tapi realiti?

  • Ada yang lupa password, macam lupa nama ex.

  • Ada yang akaun beku, macam ais dalam fridge rumah kau.

  • Ada yang tersangkut zaman hype Bursa… sekarang gayat nak turun dari puncak "kebahagiaan".

Dah macam selipar Jepun — ada, tapi tak pakai. Ada yang pakai hari-hari, tapi bila dah kena lumpur… tinggal je kat tepi longkang.


Lahirlah Group WhatsApp Saham

(Nama takde glam, tapi isi padu)

Lepas kopi dah makin dingin, aku pun lontarkan cadangan:

“Daripada main sorang-sorang macam tengok wayang tanpa popcorn, baik buat group. Kita share sama-sama. Belajar sama-sama.”

Maka, lahirlah satu group WhatsApp. Nama takde aesthetic, tapi vibe dia macam lepak mamak sambil pekena teh tarik kaw.

  • Borak pasal pasaran semasa — ada yang explain macam prof, ada yang tanya macam budak tadika.

  • Share tips asas macam “jangan beli saham sebab nama dia sedap”.

  • Tanya soalan “bodoh” yang buat semua gelak, tapi diam-diam masing-masing terpikir balik.

Group kami memang tak ramai. Tak sampai 10 orang.

  • Ada yang hardcore macam student SPM.

  • Ada yang baru nak start macam budak belajar ABC.

  • Ada yang jadi pemerhati market macam tengok bola tanpa pasukan feveret.


Tapi misi kami satu:

“Kita tak kaya takpe, yang penting kita nak grow sama-sama. Bukan cerita nak cepat kaya.”

Tak tahu boleh belajar. Tak faham boleh bertanya. Ada ilmu lebih sikit, boleh kongsi. Kasi semua orang dapat ilmu dan pengetahuan yang sama rata.


Kalau Tak Mampu Jadi Pemula, Jadi Pencetus Pun Cukup

Hidup kita ni macam stuck dalam loop:

☕ Pagi → kerja → lunch kelam-kabut → kerja balik → balik penat → tidur → ulang
💸 Gaji masuk → bayar bil, PTPTN, kereta, rumah → cukup-cukup makan → tunggu gaji seterusnya

Bila kawan ajak ride jauh atau travel?

“Tunggu gaji naik lah…”
“Susah nak dapat cuti…”
“Tunggu anak besar sikit…”
“Tunggu pencen, nanti aku beli camper van…”

Tapi bro…
Kau nak tunggu sampai bila?
Tunggu sampai rambut putih, tapi langkah pertama pun tak mula?


Aku Dah Lama Tak Berlumba Dengan Tikus


Aku dah lama keluar dari trek tu. Tu bukan lagi trek aku.

Orang panggil ni rat race. Lari laju-laju macam orang gila tapi masih dalam sangkar. Kau berpeluh pecut habis-habisan… tapi masih di tempat yang sama. Satu perlumbaan tanpa garisan penamat.

Bangun, berkejar pergi kerja. Kejar waktu rehat. Balik kerja. Dapat gaji. Bayar bil. Bayar hutang. Lepas tu? Repeat lagi. Yang lagi sedih, ada yang penat sampai lupa jaga diri. Makan roti je sebab “tak sempat” atau jawapan paling sadis — “tak cukup.” 

Badan lesu macam bateri telefon stuck kat 5%.


Duit Tak Bergerak Kalau Kau Macam Patung

Aku tak suruh pun kau jadi jutawan esok. Tak payah beli Ferrari malam ni juga. Tapi semua orang boleh mula hari ni.

  • Buka balik akaun CDS yang berhabuk tu — password “Kucing123” tu reset je lah.

  • Baca sikit pasal market — tak payah jadi Warren Buffett, cukup faham beza syarikat untung dengan syarikat tenat.

  • Join group belajar — tanya soalan “bodoh” sebab dari situ kau akan belajar jadi “bijak”.

  • Simpan RM10 pun dah cukup — jangan tunggu gaji naik. Lagi besar periuk, lagi tebal kerak kau nanti.

Sekurang-kurangnya, mula dulu sesuatu.
Biar duit kau mula bergerak, walaupun kau tengah pause minum kopi tepi pantai. Sebab kalau kau terus diam, beku, macam penutup botol yang longgar — hidup kau akan ulang skrip sama sampai masa habis. Takkan ada babak baru.

Dan satu hari nanti… masa tengah termenung kat anjung rumah dengan lutut sakit, kau mungkin akan tanya diri sendiri:

“Kenapa aku tak mula dari dulu… masa aku masih ada tenaga dan masa?”


Ni Bukan Pasal Kaya Esok. Tapi Tentang Mula Sekarang.


Artikel ni bukan nak jual mimpi jadi kaya cepat macam iklan MLM tepi jalan. Ni cerita pasal ambil langkah kecil — untuk keluar dari sangkar rat race yang telan masa, impian dan tenaga hidup kau. Langkah pertama tak payah besar. Tapi kena berani langkah.
  • Baca satu artikel pasal pelaburan — Google je, tak susah mana pun.

  • Simpan RM10 — masuk tabung, simpan dalam tin biskut pun boleh.

  • Cari kawan yang sama vibe — belajar sama-sama macam team kami.

  • Kalau kau dah ada group WhatsApp santai — share je artikel ni. Mana tahu dari situ kau jumpa geng nak lari sama-sama dari rat race.

Dan bila ada kawan yang tanya,

“Saham ni boleh goreng ke?”
Kau boleh senyum dan jawab,
“Boleh. Tapi goreng sekali dengan ilmu, bukan pakai minyak panas je.”


Tapi Sekarang, Aku Bukan Nak Jual Impian. Aku Cuma Nak Ajak Kau Fikir…

Kalau bukan sekarang, bila?
Kalau bukan kita yang ubah hidup kita, siapa?
Kalau bukan cara ni, apa alternatifnya?

“Bebas bukan bermaksud berhenti kerja… tapi bebas adalah bila kau boleh memilih cara kau hidup.”


📌 Nantikan artikel seterusnya:
“Investor ke Trader? Atau Dua-Dua Pun Jadi Penutup Puncak?”

27 Mei 2025

TAPI APA BEZA KITA DENGAN ORANG YANG BERJAYA?

Kebebasan…

Bayangkan kau terjaga di tengah malam dalam sunyi. Kipas berdengung perlahan, jam dah pukul 1 pagi. Mata masih terkebil-kebil, renungan menembusi siling. Fikiran melayang, entah ke mana.

“Penat gila hidup macam ni. Tiap pagi kejar punch card, berasak dalam tren, takut lambat kena marah. Mesin punch card depan bilik HR tu dah macam loceng disiplin zaman sekolah. Balik kerja, matahari pun tak sempat tengok. Sedar-sedar dah gelap. Anak membesar depan mata, tapi kau rasa macam tak sempat tengok langsung. Sabtu pun kena kerja. Anak bini ajak keluar, tapi badan dah tepu. Sampai bila nak hidup macam ni? Sampai bila aku mampu tahan rutin ni yang langsung tak berubah?”

Dan bila malam jadi sunyi macam ni, suara hati pun mula bersuara. Suara yang kau selalu abaikan. Yang tenggelam dalam bisingnya kerja, dateline, dan impian yang kau simpan ketat-ketat dalam peti besi jiwa. Impian untuk… bebas.


Dunia “Kalau Lah…”


Bayangkan esok kau bangun, bukan sebab alarm kerja, tapi sebab nak kejar sunrise kat Pantai Dungun. Motor menderu, angin pagi sapu muka. Bayangkan akaun bank kau tak pernah kering. Duit masuk slow-slow, tapi cukup untuk isi minyak, belanja makan, dan bawa mak ayah kau jalan-jalan… tanpa risau baki hujung bulan. 
Bayangkan kau hilang seminggu, tapi kerja tetap jalan. Sistem kau dah set, jalan sendiri. 
Bayangkan kau duduk tepi pantai, secawan kopi panas kat tangan, anak-anak gelak main pasir, bini senyum bahagia. Telefon bunyi—bukan bos marah. Tapi notifikasi dividen masuk. Kau scroll… Tengok saham kau semua hijau.
Duit kerja untuk kau. Bukan kau yang kerja untuk duit.

Kau senyum. “Aku tak kaya… tapi aku bebas. Dan itu dah lebih dari cukup.”


Puncak Kebahagiaan… dan Realiti Menampar Balik

Tapi semua tu… "kalau lah".

Realitinya? 
Alarm berbunyi. Mata pedih. Badan berat. 
Kau bangun, bersiap, berperang dengan trafik.
Janji kerja 8 jam, tapi jadi 10 jam. 
Balik rumah, Maghrib pun dah lepas.
Letih. Lesu. Sendu.
Gaji masuk? Bil sampai dulu.
Tayar kereta botak. Anak demam. Kau pun tak tahu.
Ada cuti, tapi tak pernah rasa bebas. 
Ada duit, tapi tak rasa tenang.

“Takpe lah… biasa lah hidup…”

Biasa?
Itu lah perangkap paling bahaya.
Hidup kau ikut skrip yang orang lain tulis. Bangun. Kerja. Balik. Tidur. Ulang.
Kau hidup untuk bayar bil.
Tapi pernah tanya diri sendiri?

“Aku kerja untuk hidup, atau aku hidup untuk kerja?”

Dan yang paling menyakitkan—
Kau sedar, kau tak ada pilihan.


Tamparan Realiti

Kau tak malas.
Kau tak bodoh.
Kau usaha gila-gila.

Tapi sistem hidup ni… memang tak direka untuk kau menang.
Sekolah ajar kau cari kerja.
Kerja ajar kau hidup cukup-cukup.
Dunia pula bisik, “Kalau tak kaya, sabar je lah.”

Gaji naik sikit, komitmen naik dulu.
Nak simpan duit, Shopee panggil.
Nak reward diri, saving terus lesap.

Ingat tak zaman sekolah?

7 pagi dah kena beratur. Kasut putih, baju kemas. 
Lewat, kena rotan. 
Tanya banyak, markah potong.
Dari kecil, kita diajar patuh. 
Bukan untuk bebas.

Sekarang? Sama je.
Punch card ganti loceng.
Bos ganti cikgu.
Meeting ganti kelas.
Gaji ganti markah.

Tapi satu benda kekal—kau masih tak bebas.

Kau tak boleh hilang sehari. Income stop. Dunia tak bagi kau hidup ikut rentak sendiri… kecuali kau cipta rentak tu.


Sedar Dari Lena

Tapi tahu tak?
Ada je orang yang hidup bebas. Tak kaya gila, tapi cukup. 
Bahagia. Ada masa dengan family. 
Ada ruang untuk diri sendiri. Bezanya?
Diorang tak hidup dalam "kalau lah". Diorang tanya:

“Kenapa tidak?”

Diorang belajar benda yang sekolah tak pernah ajar:

  • Ilmu duit – bukan belanja semua, tapi buat duit kerja untuk kita.

  • Ilmu pelaburan – bukan main saham membabi buta, tapi faham sistem.

  • Ilmu leverage – guna masa dan sumber untuk cipta kebebasan.

  • Ilmu hidup dengan niat – bukan ikut arus, tapi ikut hala tuju sendiri.


Pilihan di Tangan Kau

Kau masih ada pilihan.
Sabar bukan lesen untuk terus terperangkap.
Berapa lama lagi kau nak tangguh hidup sebenar?
Berapa lama nak pujuk diri dengan, “ini ujian…” padahal kau tak pernah betul-betul cari jalan keluar?

Kau boleh ubah. Sikit-sikit.

  • Belajar simpan. Duit bukan untuk habis setiap bulan.

  • Hargai masa. 8 jam sehari selama 40 tahun—betul ke tu nilai hidup kau?

  • Faham pelaburan. Bukan terus beli saham. Tapi faham kenapa itu jalan keluar.


Kalau artikel ni buat kau rasa "tersentap", mungkin sebab kat dalam hati… kau pun tahu ada benda yang tak kena.

Jom. Jangan hanyut dalam mimpi. Bangun. Buka mata. Tanya: “Apa aku buat dengan hidup aku sekarang?”

Aku tak janji kau jadi kaya.
Aku tak jual mimpi cepat kaya.
Tapi aku janji—ada jalan keluar.
Dan jalan tu… kau sendiri kena pilih.

Kalau kau rasa nak start something. Nak belajar. Nak explore jalan lain… aku ada.
Kita boleh ride sama-sama. Follow. Stay. Belajar.

Kita tak janji jadi jutawan, tapi kita janji—kau takkan hanyut sorang-sorang.


Jadi…

Kau nak terus ikut skrip hidup yang orang lain tulis untuk kau?
Atau kau nak pegang pen, dan tulis cerita hidup kau sendiri?

Pilihan tu… ada kat tangan kau.

23 Mei 2025

Gaji RM5,000 Bangga Gila… api RM4,200 Untuk Bank — Tak rasa macam Bangang Ke?

 


“Bro, aku kerja dah 5 tahun… Gaji okay la, RM5,000. Tapi tiap bulan tinggal RM400 je. Aku pun tak tahu mana duit aku pergi. Sakit weh… Tak cukup langsung.”

Aku diam sekejap. Senyum sikit.

Ni bukan kali pertama aku dengar keluhan macam ni. Dah lali dah sebenarnya. Tapi aku faham... Kadang-kadang bila hidup sempit, kita pun sendiri tak perasan yang kita sebenarnya tengah hanyut. Tapi tu la,  skrip ni bukan baru bagi aku. Biasa dah dengar skrip yang macam ni. Ni skrip klasik zaman moden — gaji naik, tapi hidup makin sempit.

Dan aku pun mulalah main peranan "pendengar simpati" kejap…


“Jom la bro, kita kira sama-sama. Bukan nak kecam... Tapi nak tengok apa yang makan duit kau sangat tiap bulan ni.…”

“Ko ada banyak hutang ke? Ape je hutang ko ?”

“Ala biasalah… kereta, kad kredit sikit, ada PayLater tu biasa la. Rumah, makan, semua tu.”

“Kereta Fairlady ko tu, ko angkat baru ke? Bulan-bulan berapa tu? Downpayment berapa kena tu?”

“Mana ade Fairlady? Nissan Almiera Nismo Spec je pon. Aku angkat seken ritu. Tu je pon yang aku mampu. Mana ade depo bro, time tu zero deposit. Salesman cakap settle…”

“Owh... Loan? Ranggi giler nampak, Dengan Sport Rim, Full Body Kit, Mcm2 Jajan lagi aku nampak”

“Tak… Aku amek kredit, bulan-bulan dekat RM800! Loan tak lepas… Dah dapat kete baru mesti la modi sikit-sikit, Kad boleh sentuh, kadang cari kat Shoppee, PayLater kan ade…”

“Kad Kredit?”

“Bayar minimum je. Dah pakai, kena bayar la…”  

“Telefon?”

“iPhone baru. Kontrak telco siap ansuran. Dalam RM500 jugak…”  

“Ko makan luar ke masak?”

“Mostly grabfood… Gila kau? Balik kerja penat gile kot... Mana larat nak masak? Kadang-kadang balik kerja tu terus lepak mamak... Kadang awek ajak makan kat luar”




Dan pada ketika itu — semuanya jadi jelas.

💸 Gaji Bukan Milik Dia

Dia tak kurang gaji.Dia cuma dah bagi awal-awal pada bank. Pada gadget. Pada lifestyle. Dia hidup atas duit yang belum masuk.

Sebenarnya, dia kerja untuk bank.
Dan dia sendiri tak sedar pun.


📊 Ini Baru Hutang Tetap

Kita kira sekali lagi...

  • RM800 — Ansuran kereta

  • RM600 — Insurans + roadtax

  • RM800 — Kad kredit

  • RM300 — Personal loan

  • RM500 — Plan telefon + gadget

  • RM1,200 — PayLater (Shopee, Grab, Foodpanda, etc.)

Total: RM4,200

Gaji dia RM5,000?

Tinggal RM800.

Belum campur sewa rumah, minyak, tol, makan, langganan, wifi...

Yang tinggal? Isinya kosong bercampur sifar?




🔗 Dia Bukan Malas, Tapi Keputusan Dia yang Maha Bangang

Sakit dengar? Sila hadam:

Setiap hutang tu bukan peluang.
Tapi penjara yang dia bina sendiri.

Nak nampak kaya, cepat.
Nak orang pandang, respek.
Nak impress awek, famili, rakan.

Tapi hakikatnya?

Dia gadaikan masa depan demi kepuasan 15 minit.
Flagship phone pun sekarang lag bila buka Shopee.
Kereta “idaman” tapi petrol mintak sedekah.


😞 Dan Bila Struggle, Salah Dunia

“Aku struggle bro…”

Memang struggle.
Tapi struggle sebab dulu kau senang sangat buat keputusan senang.
Semua “yes”. Takde “pause”.
Kepuasan cepat, tak sanggup tunggu.

📉 Hutang Bukan Bala. Tu Resit Keputusan

Hidup tersepit bukan sebab kos sara hidup semata-mata. 

Tapi sebab kita sendiri lupa beza antara:

“Boleh beli” dengan “Patut beli.”

Dan paling sedih — kita tak rasa pelik pun.
Dah terbiasa hidup dengan hutang sampai rasa tu normal.

Gaji RM5,000 — gaya hidup RM8,000.


🧠 Bila Cermin Tak Menipu

Kau salahkan kerajaan. Salahkan inflasi. Salahkan semua orang.

Tapi kadang-kadang...

Dunia bukan zalim.
Dunia cuma tunjuk cermin.

Dan dalam cermin tu, kita nampak siapa sebenar yang cipta perangkap tu — kita sendiri.


🪤 “Aku Ada Plan Nak Reset Hutang...”

Ha ni satu lagi…

“Aku ada kawan, boleh bantu restructure loan.”

Nampak bijak. Hakikatnya?

Kau bukan “reset”.
Kau cuma rebrand hutang jadi packaging baru.

Konon “freedom plan”. Tapi freedom tu hanya tinggal dalam iklan Facebook.


⏳ Satu Hari Nanti Kau Akan Sedar...

Kau kerja 8 jam sehari.

Tapi 6 jam tu sebenarnya untuk bayar hutang.

Dan sebab tu:

  • Masa dengan anak makin kurang
  • Masa dengan pasangan makin renggang
  • Emosi makin longgar
  • Jiwa makin sesak

Tapi kau masih terus beli — Benda yang kau tak perlu, Untuk impress orang yang tak kisah pun pasal hidup kau.


✊ Penutup: Kau Bukan Mangsa Sistem. Tapi Pencipta Perangkap Sendiri

Ramai akan benci artikel ni. Sebab takde motivasi manis. Takde petua 5 langkah. Takde “reset button”. Yang ada cuma:

Tamparan realiti.

Tapi itu memang tujuannya. Sebab kadang-kadang, sebelum ubat — Kita kena rasa sakit dulu.

Bila kau dah terduduk termenung...
Baru kita boleh cerita pasal jalan keluar.

Tapi bukan hari ni.

Hari ni — untuk bagi kau rasa sakit dulu.


19 Mei 2025

🐭 Bila Hidup Kau Rasa Macam Hamster

Mungkin Dah Sampai Masa Untuk Turun Dari Roda Tu


“Kau bangun, kau kerja, kau balik, kau tidur — repeat.

Hujung bulan, gaji masuk. Tapi hati kosong.
Hujung tahun, umur naik. Tapi hidup tak gerak ke mana.
Lama-lama... kau mula tanya: Ni je ke hidup aku?”


Ada satu analogi yang selalu orang guna bila nak cerita pasal hidup dalam dunia moden ni — rat race.
Bunyi dia macam comel, tapi bila kau duduk dan fikir betul-betul, dia seram sebenarnya.

Bayangkan seekor tikus yang berlari dalam roda.
Dia berlari dan berlari… tapi tak ke mana.
Penat. Letih. Tapi tetap dalam sangkar.

Sedihnya — ramai antara kita sekarang adalah tikus tu.


⚙️ “Tapi ni hidup biasa je kot?”

Ye, mungkin. Tapi biasa tak semestinya betul.
Dari kecik, kita diajar hidup ni ada template:

Sekolah > Universiti > Kerja > Kahwin > Beli Rumah > Bayar Hutang > Pencen > Mati.


 

Tak salah. Tapi kalau kau tanya, bila masa kita betul-betul HIDUP?

Ramai orang stuck dalam tekanan pasrah berjadual.
Bangun awal pagi, redah jam, kerja 8-6, balik dah penat. Weekend? Dah habis energy.
Kau hidup, tapi tak rasa hidup.

Yang paling menakutkan?
Kau tahu semua ni… tapi kau buat-buat tak tahu.
Kau rasa kalau kau berhenti, kau akan rugi. Tapi kalau kau terus, kau hilang diri.


🧠 "Tapi aku tak tau nak buat apa..."

Exactly.
Sebab sistem ni tak bagi kita masa untuk fikir pun.
Kita terlalu sibuk survive, sampai tak sempat fikir pasal arah.

Dan bila ada yang cuba keluar, cuba ubah cara hidup,
akan ada suara sumbang cakap:

“Eleh, kau ingat kau special ke?”
“Kau boleh ke hidup tanpa kerja tetap?”
“Ala, semua orang pun hidup macam ni…”

Tapi sejak bila jadi normal tu jadi alasan untuk kekal tersepit?


🛤️ Kau Tak Perlu Lari Laju — Asalkan Kau Bergerak Keluar

Tak semua orang boleh terus quit kerja, buka bisnes, jadi nomad.
Tak semua orang boleh terus beli emas, beli saham, atau buat side income.

Tapi semua orang boleh mula sedar.

Sedar yang kau berhak untuk hidup dengan lebih bermakna.
Sedar yang masa kau ada nilai.
Sedar yang comfort zone tu selesa, tapi dia bunuh perlahan-lahan.

Nak keluar dari rat race tak ada satu jalan je.
Ada orang downgrade lifestyle. Ada orang ubah mindset.
Ada orang start small — simpan RM10 sehari pun dah cukup untuk mula.

Yang penting: Jangan kekal diam dalam sangkar.

Merangkak pun takpe. Asalkan kau tak statik.


🎯 Pesan akhir — Hidup ni bukan tentang kerja sampai mati

Hidup ni bukan scoreboard siapa paling kaya.
Bukan ranking siapa paling penat.
Bukan berlumba siapa kahwin dulu, siapa beli rumah dulu.

Hidup ni — tentang rasa.
Dan kalau kau dah lama tak rasa apa-apa, mungkin kau perlu mula tanya:
“Apa aku buat ni... betul-betul hidup ke?”


Kalau kau baca sampai sini, dan rasa macam ada benda terjentik dalam hati — jangan ignore.
Mungkin ni jentikan yang kau perlu untuk start sesuatu.
Tak kisah kecil mana. Tak kisah lambat mana.

Asalkan kau mula… keluar.


Ditulis dengan secawan kopi & beban hidup — tapi penuh harapan,
Hachik Khau

17 Januari 2025

Waktu Mengayat, Lautan Api Sanggup Redah. Baru Hujan Sikit, Dah Gelabah?

Gambar Ehsan dari Google

    Assalamualaikum dan Salam Eksplorasi! Selamat datang ke blog Hachik Khau, tempat kita borak santai tentang ride, hidden gems, dan kisah jalanan. Untuk pembaca baru, salam perkenalan semua, dan untuk geng setia, korang memang legend sebab sudi dengar celoteh Pokcik. Kali ni kita nak sembang tentang hujan — musuh tradisi penunggang motor yang penuh drama.

Hujan: Risiko Tetap Ada, Tapi Kita Sedia!

    Orang tua-tua kata, “Sediakan payung sebelum hujan”. Tapi bagi geng motor macam kita ni, terpaksa kita modify sikit ar, “Sediakan raincoat sebelum ride!”. Pokcik nak cerita sikit pengalaman baru-baru ni masa balik kerja. Macam biasa, dekat-dekat waktu maghrib, aku ride balik ikut laluan biasa. Tapi malam tu, langit nampak lain macam. Tak ada senja nan merah ala lagu Awie & Ziana. Sebaliknya, sarat dengan awan gelap dan kilat sambung menyambung siap ada dengar guruh di kejauhan, macam tengah buat perancangan jahat.

    Sebagai rider, kita memang tahu risiko ride waktu macam tu, tapi apa pilihan yang ada, kan? Pokcik ada tabiat sikit. Kalau hujan dah turun masa aku dah mulakan perjalanan, aku takkan berhenti melainkan jumpa tempat betul-betul selamat. Kalau dah basah, logiknya, buat apa pakai raincoat, kan? Tapi kalau long ride, lain cerita. Raincoat wajib sebab kalau tak, dia punya sejuk memang tak boleh bawak bincang, terutama kalau malam semakin dingin.

Berhenti Hujan di Tempat Selamat, Bukan Tempat Bahaya!

Satu benda aku nak pesan untuk rider lain. Bila nak berhenti sebab nak sarung raincoat, tolonglah cari tempat yang selamat untuk berhenti. Hari tu, aku nampak ada rider berhenti kat atas flyover MRR2. Sikit lagi aku digilis kereta sebab mengelak korang yang main berhenti je kat tepi jalan tu. Kereta tu pun satu hal, cuba bagi signal sebelum elak ke kanan. Bahaya gila beb! Padahal, tak sampai 200 meter ke depan ada tempat yang lebih selamat untuk korang berhenti. Jangan pentingkan diri beb, korang yang buat hal orang lain yang merana tak pepasal. Motor kita kalau rosak ada jual spare part, tapi badan kita ni tak ada jual Spare-Parts bro.

Dan pada pemandu kereta, korang pun tolonglah hormat sikit rider. Bila hujan, tak payah nak tukar lorong macam main game Need for Speed. Cuba guna signal, jangan main masuk jer dan jangan lupa, rider motor ni daging membaluti besi, lain lah korang yang bawak kereta, besi membaluti daging korang. Walaupun motor kecik je, tapi impak kemalangannya besar. Sama-sama jaga, boleh?

Ride ke Bukit Merah: Dari Panas ke Hujan Non-Stop

Sekarang kite tukar ke cerita sebenar — aku nak kongsi pengalaman ride aku ke Bukit Merah dengan Along Wan, Lee dan Hafizul tahun lepas. Masa tu dah penghujung musim panas, korang cuba bayangkan tasik Bukit Merah pun boleh kering kontang. Tapi ironinya, sepanjang perjalanan ride kami, hujan turun mencurah-curah macam saja nak buat dengki. Kami bertolak petang Sabtu, lepas setel semua kerja aku. Awal perjalanan, cuaca memang cerah dan ceria. Tapi lepas jer R&R Rawang, langit terus bertukar mode hujan lebat.

Kami nak berhenti pakai raincoat pun tak sempat lah. Basah lencun! Dalam hati, "Takpe, teruskan je. Angin nanti boleh tolong keringkan pakaian aku nie." Hahaha, memang silap besar lah... Baru nak kering sikit, hujan episode ke-2 pula datang. Memang dah macam drama Korea dah, banyak giler episod bersambung-sambung. Tapi hujannya kali ni kejam sikit, siap dengan angin kuat dia bagi. Motor aku dah goyang macam motor bot dilambung ombak tiap kali berselisih dengan lori atau bas. Seram giler, weh! masa tu. Tambah pula setiap kali nak berselisih dengan kenderaan lain.

Cabaran Ride dalam Hujan

Bayangkan, dari R&R Rawang sampai R&R Tapah, kami berhenti tak kurang lima kali. Kadang sebab hujan lebat, kadang sebab sejuk sangat. Lagi satu cabaran masa ride dalam hujan ni ialah hydroplaning. Tayar rasa macam separa drifting pun ada, macam tengah bawak jetski pon ada. Hujan lebat giler sampai tayar rasa terapung dan skidded sebab jalan terlalu licin. Memang kena extra focus time tu. Bayangkan laaa, jaguh pecut kebangsaan pun tak berani nak bawa laju masa tu. Sedang aku syok main hujan tiba-tiba rasa berat lain macam pula kaki masa tu, baru aku perasan riding boots aku dah jadi tangki air portable daaaa...

Tapi cabaran hujan ni juga yang buat ride jadi memorable. Masa sampai Bukit Merah, walaupun basah kuyup, serius puas hati beb sebab kita dah berjaya tempuh semua dugaan. Akhirnya kami sampai juga ke destinasi dengan selamat. Tapi sebelum tu, sempat la juga aku ‘mandi’ free dengan air hujan sepanjang perjalanan. Tau la mandi tu wajib, tapi yang kejamnya sepanjang jalan disuruhnya mandi… Tak apa lah, jimat bil air minggu nie kan? Betul orang kata, pengalaman macam ni yang buat kita rasa ride tu bukan tentang destinasi, tapi perjalanan tu sendiri.

Harap korang enjoy cerita dan tips kali ni. Kalau ada pengalaman atau tips tambahan, jangan segan-segan kongsi kat komen, okay? Ride safe, geng!

Akhir kata dari Pokcik, ride memang seronok, tapi ia bukan sekadar sampai ke destinasi. Pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan – cabaran, pelajaran, dan kenangan – itulah yang menjadikan setiap ride itu lebih bermakna. Hujan tu Rahmat, boleh jimat bill air rumah kalau hujan lebat macam tu. Boleh terus pasang niat mandi wajib tu. Walaupun cuaca bukan dalam kawalan kita, dengan sedikit ilmu, pengalaman, serta berhati-hati dan bertawakal, insyaAllah kita akan sampai ke destinasi yang kita tuju dengan selamat.

Kalau korang ada pengalaman ride dalam hujan, tips tambahan, atau cerita menarik, jangan lupa kongsikan di ruangan komen! Dan kalau korang suka vibe perkongsian macam ni, jangan lupa untuk follow, like, share dan subscribe channel DakGelong dan Weekend Go Travel di YouTube. Support korang akan bantu kami terus berkongsi cerita ride, hidden gems, dan pengalaman perjalanan yang bermakna. Jumpa lagi dalam ride seterusnya – jaga keselamatan dan sentiasa menikmati perjalanan!

Tips Menunggang Ketika Hujan

  1. Persediaan Sebelum Ride
  • Sediakan Raincoat Sebelum Hujan: Pastikan sentiasa bawa dan simpan baju hujan di motor. Untuk melindungi kasut, sediakan sekali shoe cover. Baju hujan bukan sahaja membantu mengelakkan pakaian basah tetapi juga membantu mengekalkan suhu badan supaya tidak terlalu sejuk semasa menunggang.
  • Pilih Tayar yang Sesuai untuk Jalan Basah: Gunakan tayar yang direka untuk kegunaan basah, biasanya soft-compound dengan corak bunga tayar yang baik untuk membelah air.
  • Periksa Keadaan Tayar: Pastikan tekanan angin tayar sesuai dan bunga tayar mesti sekurang-kurangnya 50% tebal untuk mengelakkan hydroplaning.
  1. Semasa Ride
  • Kurangkan Kelajuan: Jangan bawa laju, terutama di kawasan berbukit atau jalan raya dengan genangan air. Kelajuan tinggi meningkatkan risiko tayar hilang cengkaman.
  • Gunakan Brek dengan Cermat: Elakkan brek mengejut. Gunakan brek belakang dan hadapan secara seimbang. Brek mengejut boleh menyebabkan tayar terkunci dan mudah tergelincir.
  • Peka pada Keadaan Sekeliling: Fokus lebih pada jalan dan kenderaan lain. Pastikan lampu depan menyala untuk memastikan anda dilihat oleh pengguna jalan raya lain.
  1. Keselamatan Tambahan
  • Guna Bahan Reflektif: Pastikan pakaian atau raincoat ada reflektor untuk kelihatan di waktu hujan dan gelap.
  • Elakkan Garisan Putih: Jalan yang ada garisan putih atau kuning biasanya lebih licin bila basah.