“Bro, aku kerja dah 5 tahun… Gaji okay la, RM5,000. Tapi tiap bulan tinggal RM400 je. Aku pun tak tahu mana duit aku pergi. Sakit weh… Tak cukup langsung.”
Dan aku pun mulalah main peranan "pendengar simpati" kejap…
“Jom la bro, kita kira sama-sama. Bukan nak kecam... Tapi nak tengok apa yang makan duit kau sangat tiap bulan ni.…”
“Ko ada banyak hutang ke? Ape je hutang ko ?”
“Ala biasalah… kereta, kad kredit sikit, ada PayLater tu biasa la. Rumah, makan, semua tu.”
“Kereta Fairlady ko tu, ko angkat baru ke? Bulan-bulan berapa tu? Downpayment berapa kena tu?”
“Mana ade Fairlady? Nissan Almiera Nismo Spec je pon. Aku angkat seken ritu. Tu je pon yang aku mampu. Mana ade depo bro, time tu zero deposit. Salesman cakap settle…”
“Owh... Loan? Ranggi giler nampak, Dengan Sport Rim, Full Body Kit, Mcm2 Jajan lagi aku nampak”
“Tak… Aku amek kredit, bulan-bulan dekat RM800! Loan tak lepas… Dah dapat kete baru mesti la modi sikit-sikit, Kad boleh sentuh, kadang cari kat Shoppee, PayLater kan ade…”
“Kad Kredit?”
“Bayar minimum je. Dah pakai, kena bayar la…”
“Telefon?”
“iPhone baru. Kontrak telco siap ansuran. Dalam RM500 jugak…”
“Ko makan luar ke masak?”
“Mostly grabfood… Gila kau? Balik kerja penat gile kot... Mana larat nak masak? Kadang-kadang balik kerja tu terus lepak mamak... Kadang awek ajak makan kat luar”
Dan pada ketika itu — semuanya jadi jelas.
💸 Gaji Bukan Milik Dia
Dia tak kurang gaji.Dia cuma dah bagi awal-awal pada bank. Pada gadget. Pada lifestyle. Dia hidup atas duit yang belum masuk.
Sebenarnya, dia kerja untuk bank.Dan dia sendiri tak sedar pun.
📊 Ini Baru Hutang Tetap
Kita kira sekali lagi...
-
RM800 — Ansuran kereta
-
RM600 — Insurans + roadtax
-
RM800 — Kad kredit
-
RM300 — Personal loan
-
RM500 — Plan telefon + gadget
-
RM1,200 — PayLater (Shopee, Grab, Foodpanda, etc.)
Total: RM4,200
Gaji dia RM5,000?
Tinggal RM800.
Belum campur sewa rumah, minyak, tol, makan, langganan, wifi...
Yang tinggal? Isinya kosong bercampur sifar?
🔗 Dia Bukan Malas, Tapi Keputusan Dia yang Maha Bangang
Sakit dengar? Sila hadam:
Setiap hutang tu bukan peluang.Tapi penjara yang dia bina sendiri.
Tapi hakikatnya?
Dia gadaikan masa depan demi kepuasan 15 minit.Flagship phone pun sekarang lag bila buka Shopee.Kereta “idaman” tapi petrol mintak sedekah.
😞 Dan Bila Struggle, Salah Dunia
“Aku struggle bro…”
Tapi struggle sebab dulu kau senang sangat buat keputusan senang.
Semua “yes”. Takde “pause”.
Kepuasan cepat, tak sanggup tunggu.
📉 Hutang Bukan Bala. Tu Resit Keputusan
Hidup tersepit bukan sebab kos sara hidup semata-mata.
Tapi sebab kita sendiri lupa beza antara:
“Boleh beli” dengan “Patut beli.”
Gaji RM5,000 — gaya hidup RM8,000.
🧠 Bila Cermin Tak Menipu
Kau salahkan kerajaan. Salahkan inflasi. Salahkan semua orang.
Tapi kadang-kadang...
Dunia bukan zalim.Dunia cuma tunjuk cermin.
Dan dalam cermin tu, kita nampak siapa sebenar yang cipta perangkap tu — kita sendiri.
🪤 “Aku Ada Plan Nak Reset Hutang...”
Ha ni satu lagi…
“Aku ada kawan, boleh bantu restructure loan.”
Nampak bijak. Hakikatnya?
Kau bukan “reset”.Kau cuma rebrand hutang jadi packaging baru.
Konon “freedom plan”. Tapi freedom tu hanya tinggal dalam iklan Facebook.
⏳ Satu Hari Nanti Kau Akan Sedar...
Kau kerja 8 jam sehari.
Tapi 6 jam tu sebenarnya untuk bayar hutang.
Dan sebab tu:
-
Masa dengan anak makin kurang
- Masa dengan pasangan makin renggang
- Emosi makin longgar
- Jiwa makin sesak
✊ Penutup: Kau Bukan Mangsa Sistem. Tapi Pencipta Perangkap Sendiri
Ramai akan benci artikel ni. Sebab takde motivasi manis. Takde petua 5 langkah. Takde “reset button”. Yang ada cuma:
Tamparan realiti.
Tapi itu memang tujuannya. Sebab kadang-kadang, sebelum ubat — Kita kena rasa sakit dulu.
Bila kau dah terduduk termenung...Baru kita boleh cerita pasal jalan keluar.
Tapi bukan hari ni.
Hari ni — untuk bagi kau rasa sakit dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan