30 Jun 2025

[EPISOD 2] BANGSA H: BILA KENDERAAN MEMILIH TUAN

Sambungan siri kenderaan dan pilihan hidup: Bila Kenderaan Bersuara, Siapa Mendengar?



Pagi tu, rumah Kak Ngah sunyi. Bukan sebab takde orang. Tapi sebab macam ada sesuatu yang sedang menanti. Rela dirinya untuk diserahkan kepada yang sepatutnya.

Dekat bawah porch, Honda City tu terparkir kemas. Badannya bersih. Tayar masih tegap. Tak nampak langsung macam kereta terbiar. Tapi dalam senyap tu… aku rasa macam ada jiwa yang masih berjaga. Menunggu. Bukan siapa-siapa. Tapi aku…

Hari tu aku hadir temani urusan inspection Puspakom. Urusan rasmi — kononnya. Tapi bagi aku, hari tu bukan sekadar hari pengesahan. Hari tu… hari penyerahan.

Cuma kami berempat — aku, Kak Ngah, dan dua orang petugas Puspakom. Tak ada upacara besar. Tiada saksi keluarga. Tapi ada satu moment yang aku takkan lupa sampai bila-bila: Saat aku pegang kunci tu, dan untuk kali pertama… aku hidupkan enjinnya.

Sekali crank. Terus hidup. Tiada batuk. Tiada lengah. Seolah-olah memang dah lama menunggu. Tapi dalam diam enjin tu hidup, aku rasa macam ada sesuatu yang aku tak nampak — tapi aku boleh rasa. Dan masa tu, entah kenapa… aku dengar suara yang bukan datang dari luar. Macam dia, kereta tu… baru buka mulut selepas lama berdiam.

"Lambat kau datang... Tapi takpe. Aku tetap tunggu kau."

Enjin dia hidup macam tak pernah padam. Macam masih hangat. Padahal dah berminggu-minggu dia senyap. Macam dia jaga dirinya sendiri. Sebab dia tahu — satu hari nanti, aku pasti akan datang.

Petangnya, lepas selesai semua urusan, Kak Ngah duduk sebelah aku — untuk kali terakhir. Bila aku turunkan dia depan pintu rumah… kereta tu ikut aku balik. Sunyi, tapi penuh semangat. Macam menyanyi kecil. Pulang dengan seorang teman baru yang dah sedia nak sambung cerita lama.

“Aku bukan datang untuk mempergunakan. Aku datang… untuk sambung semula pengembaraan yang pernah lama tertangguh.”

Dan kereta ni… dari cara dia hidupkan enjin hari tu — aku tahu dia dah pilih aku, lama sebelum aku sedar.


Awal Cerita — Satu Mesej, Banyak Persoalan

Tapi sebenarnya, cerita ni bukan bermula masa inspection tu. Beberapa minggu sebelum tu — 4 Januari 2025 — Kak Ngah hantar mesej dalam group family. Dia ajak aku dan Wan datang rumah.

Katanya, ada benda dia nak cerita.

“Dah 43 hari terpendam dalam dada...” katanya.

“Tapi pagi ni baru dapat kekuatan.”

Hari tu hari Sabtu. Aku kerja. Tapi aku janji akan cuba datang. Petang tu, lepas habis shift, aku terus singgah rumah Kak Ngah. Wan pun datang sama.

Masa tu, Hafeez — anak sulung Kak Ngah — ada sekali. Dan kat situlah Kak Ngah luahkan, melalui Hafeez… tentang Honda City tu. Tentang niat dia nak serahkan pada salah seorang dari kami. Bukan sebab dia tak sayang. Tapi sebab dia tahu — dah sampai masa.

Esoknya, Kak Ngah tanya dalam group:

“Along Wan dan Uncle Den... dah fikirkan ke apa yang Kak Ngah / Mak Ngah cerita semalam?”

Aku minta dua minggu. Nak bincang dengan Cik Dah. Nak fikir betul-betul — bukan sebab tamak. Tapi sebab aku tahu, kereta ni bukan benda kecil. Ia datang sekali dengan cerita. Dengan amanah. Dengan tanggungjawab.

Dan dalam masa yang sama, aku tahu… Wan pun sebenarnya minat. Cuma dia lambat gerak.

Beberapa hari lepas tu — 7 Januari — aku datang rumah Kak Ngah sorang-sorang. Kali ni aku dah nekad. Aku nak nyatakan hasrat aku.

Dan bila aku luah, aku nampak… mata Kak Ngah tenang. Macam dia dah tahu.


Malam Pengadilan — Siapa Betul-Betul Mahu?

10 Januari 2025. Malam yang Kak Ngah panggil kami datang lagi. Katanya, “Nak beri kambing perap.” Bunyi macam jamuan. Tapi aku dah rasa… ni bukan malam makan-makan. Ni malam penentuan.

Semua anak-anak dia ada. Suasana sunyi. Macam dewan mahkamah. Jurinya — keluarga sendiri.

Tiba-tiba, Hafeez bersuara:

“Jadi… siapa dulu yang datang bincang dengan Ibu pasal kereta ni?”

Suara dia tenang, tapi penuh maksud. Mata dia pusing perlahan, pandang kami satu-satu.

Wan jawab dulu.

“Along Wan ada WhatsApp Mak Ngah haritu, cakap Wan berminat nak kereta tu.”

Dia buka telefon. Tunjuk mesej — 9 haribulan.
Aku diam. Tak ada nak lawan.

Hafeez pandang aku.

“Pokcik bukan ada datang rumah ke, jumpa Ibu sebelum tu?”

Aku masih diam.

Tapi Kak Ngah sambung dengan suara tenang:

“Ha’ah, Pokcik datang hari Selasa lepas. Bincang panjang pasal kereta ni. Dari Puspakom sampai ke JPJ.”

Aku angguk perlahan.
Hafeez tanya lagi:

“Lah, kenapa Pokcik tak beritahu awal-awal?”

Aku tarik nafas.

“A'ah, Pokcik datang Selasa tu. Pokcik cerita apa yang Pokcik perlukan… dan apa yang Pokcik rasa mampu jaga.”

Hafeez angguk.

“Ibu dah letak syarat. First come, first serve. Bukan siapa yang mesej dulu. Tapi siapa yang betul-betul datang dan tunjuk kesungguhan.”

Ada yang angguk. Ada yang diam. Tapi diam tak semestinya setuju.

Ada yang senyum, tapi belum tentu reda.
Dan kadang-kadang… ada yang nampak reda, tapi jauh dari redha.

Waktu tu, aku tahu Wan pun nak. Tapi dia lambat. Bukan sebab tak minat. Tapi sebab terlalu selesa dengan cara biasa. Lambat tunjuk sungguh-sungguh.

Wan diam. Tapi aku nampak — dia tak marah aku. Dia marah diri sendiri. Marah sebab dia tahu… kali ni dia kalah bukan sebab tak cukup bagus. Tapi sebab dia tak cukup berani untuk gerak dulu.

Malam tu tamat tanpa tepukan. Tanpa pelukan tahniah. Hanya renungan.

Renungan yang macam cakap:

“Aku bukan kalah sebab tak cukup bagus. Aku kalah sebab aku lambat gerak.”

Dan aku?
Aku tunduk. Aku tak rasa aku menang. Tapi aku tahu… aku dipilih.
Dan sekarang, aku kena buktikan — aku layak jadi tuan dia.


Refleksi: Bila Semua Tumbang

Tapi bukan semua orang tengok cerita tu macam aku tengok.

Sebab bila aku balik rumah dan bawa Honda City tu park elok-elok… aku nampak dari jauh — satu pandangan yang tak lepas.

Wan.

Dia tak cakap apa-apa. Tapi mata dia… cara dia tengok kereta tu… macam ada sesuatu yang hilang. Macam ada bahagian dalam diri dia yang rasa: sepatutnya ini aku yang punya.

Dan dari situ… cerita baru bermula.


Bila Kenderaan Bersuara — Tapi Kau Buat-Buat Tak Dengar

Wan pernah ada kereta. Tapi macam tak pernah ada hubungan dengan kereta.

Kereta pertama dia — Proton Saga Iswara 1.3, warna kelabu. Kereta second-hand yang dibeli dengan bantuan Kak Ngah dan Kak De, masa tu tahun 2021. Baru lepas ambil lesen. Walaupun sebelum tu, bertahun dia bawa kereta — tanpa lesen.

Luar nampak elok. Tapi dalam… enjin kasar semacam. Simptom klasik: compression bocor. Head gasket? Piston ring? Valve bocor? Tak pasti.

Aku dan Lee pernah pesan, “Kalau sayang, repair la Wan. Buatlah top overhaul.”

Jawapan dia tetap sama: “Takde bajet lagi, Pokcik. Nanti la dulu.”

Masa tu aku tahu — bukan sebab dia malas. Tapi sebab dia selesa dengan apa yang ada. Harap kereta tu akan terus hidup… tanpa perlu dia betulkan.

Dalam masa sama, dia minta aku tune balik enjin kereta tu.

“Nak rasa sama macam kereta Saga Pokcik.”

Aku hanya senyum. Bukan kereta yang tak elok. Tapi cara dia jaga — tu yang perlahan-lahan lemahkan semuanya.

Satu hari, dia ajak aku naik Genting. Aku gelak kecil.

“Bukan takut kalah, Wan. Tapi kereta kau belum cukup kuat nak daki selekoh kehidupan yang keras dan mencabar.”

Dia senyum. Tapi aku tahu… dalam hati dia tak nak mengaku. Dan tanpa dia sedar, dia sedang tangguhkan masalah yang makin membengkak.


Motor Pun Sama — Upgrade Tak Boleh Tutup Tabiat

Tiga bulan lepas aku beli Benelli RFS 150i SE, dia pun cari model sama. Katanya, “Ni versi upgrade.” Tapi bila motor bermasalah, tetap cari aku — nak tuning, remap, setting semua.

Satu hari, motor dia berbunyi pelik. Aku dah agak. Timing chain tensioner, maybe.

Tapi dia tangguh. “Nanti lah, Pokcik. Takde masa dan bajet lagi.”

Bulan 6 — kami ride ke Bukit Merah. Masa tu motor dia dah bunyi macam bunyi mesin rumput. Tapi dia tetap redah. Langgar selekoh dengan penuh keyakinan.

“Laju je!” katanya. Tapi aku tahu — enjin tu tengah merintih.

Bulan 10, baru dia hantar bengkel. Enjin tak boleh hidup terus. Overhaul.

Lepas siap, dia jumpa aku semula: “Pokcik… tolong remap balik ECU. Motor dah sedap balik ni. Mesti power bila pakai setting Pokcik yang takde cut-off tu.”

Aku senyum. Tapi dalam hati, aku bisik:

“Kuasa bukan datang dari remap. Tapi dari cara kau jaga apa yang kau ada.”


Kalau Tak Dijaga, Besi Pun Boleh Merajuk

Lepas motor dah kena overhaul, kereta pun dah lama mogok.

Mula-mula relay rosak. Lepas tu radiator bocor. Aku ajar cara patch pakai sealant. Bagi spare. Tapi tetap tangguh. Tetap drag. Tetap guna.

Tangki air kering pun dia redah. Deting lebih penting.

Lama-lama, dua-dua tumbang.
Kereta tak mampu mendaki.
Motor tak mampu hidup.

Nak dating, kena sewa kereta.
Nak balik kerja, dua kali aku terpaksa fetch dia.

Masa tu… bukan enjin je yang koyak. Ego pun dah mula terkopek.


Bila Keegoan Tercalar — Kita Mula Tanya Soalan Salah

Beberapa hari lepas tu, Wan tanya aku:

“Pokcik rasa… kereta apa paling cun kalau bajet bawah RM25k?”

Aku senyum. Tapi aku tahu — ni bukan soalan nak cari kereta. Ni ego yang baru terguris.

Aku kenal sangat dia. Muda enam tahun dari aku. Anak saudara aku sendiri.

Bila aku tanya balik, “Berapa simpanan kau sekarang?”

Dia senyum kosong. “Takde simpanan lagi, Pokcik…”

Dan memang betul pun. Motor rosak, tak baiki. Kereta mogok, tak repair. Dua-dua tersadai. Tapi dalam hati, masih berharap… kenderaan tu akan terus berjuang untuk dia. Sampai dia dapat ganti baru.

Sayangnya, dua-dua dah rebah sebelum dia sempat buat apa-apa.

Tapi bila tanya pasal kereta, dia tetap tekankan satu benda: “Yang nampak kemas, Pokcik. Awek Wan kata cun kalau ada macam tu.”

Dan dari situ aku tahu… dia bukan cari kereta untuk hidup. Dia cari kereta untuk dilihat. Untuk tunjuk. Untuk impress.

Bukan sebab dia sedia… tapi sebab dia rasa dia patut ada.

Patut nampak “setara”.


Penutup: Bila Kenderaan Pilih Tuan, Bukan Tuan Pilih Kenderaan

Aku pernah cadangkan dia beli kereta mampu milik. RM10k ke RM15k, bayar cash. Tak susahkan diri, tak terikat hutang. Tapi dia tetap nak model yang “nampak elok”. Yang orang lain tengok dan cakap wow.

Senarai kereta dia? Penuh dengan model yang aku sendiri pilih — untuk aku. Bukan untuk dia.

Tapi dia bukan ikut jalan aku. Dia nak terus lompat ke tempat aku berdiri. Sedangkan aku dah bertahun-tahun bina tapak ni.

Dia baru buka kasut.

Yang dia nampak? Aku tenang. Kereta elok. Hidup steady. Yang dia tak nampak? Berapa banyak kali aku tangguh benda yang aku nak, semata-mata untuk capai apa yang aku perlu.

Tapi tulah… Wan ni jenis buat dulu, fikir kemudian.

Bila nampak orang lain ada, dia pun nak ada. Bila orang tanya kenapa, dia pun tak pasti kenapa…

Dan sebab tu… aku tahu kereta tu nanti bukan akan bawa dia jauh. Tapi akan ajar dia satu benda penting dalam hidup:

Harga kemahuan kadang lebih mahal dari harga keperluan. Dan kadang — yang paling mahal, ialah harga untuk nampak “setara”.


🎯 Tamparan Akhir — Kau Tuan Yang Macam Mana?

Kadang… kereta tak perlu bercakap pun untuk kita faham. Dia cuma bagi isyarat — perlahan-lahan — samada dia selesa dengan kita… atau dah tak sanggup bertahan.

Dan dalam hidup kita pun sama. Ada benda, bila kita jaga betul-betul — dia balas dengan setia. Tapi bila kita sambil lewa… walau dia tak bersuara — dia tetap akan tinggalkan kita.

Sebab bukan semua benda perlu jerit untuk mintak dihargai.

Aku tengok kisah Wan ni bukan sekadar tentang dia dan kenderaan dia. Tapi tentang ramai antara kita… yang kadang cari sesuatu bukan sebab perlu — tapi sebab terluka.

Bila kita rasa tertinggal, kita kejar.
Bila kita rasa tercabar, kita balas.
Dan bila kita rasa kalah — kita cari jalan untuk menang… walaupun jalan tu menjerat diri sendiri.

Tapi hakikatnya… hidup ni bukan tentang siapa nampak hebat. Hidup ni tentang siapa yang mampu bertahan — walau tak dipandang.

Kita selalu tanya:

“Apa kereta terbaik untuk aku?”

Tapi jarang kita tanya:

“Adakah aku tuan terbaik… untuk kereta tu?”

Sebab kadang… kereta pun boleh memilih tuan. Dan hidup pun akan layan kita — sama macam mana kita layan apa yang kita ada.


πŸ’­ Jadi hari ni aku nak tanya kau — bukan pasal CC enjin. Bukan pasal rim sport. Bukan pasal installment bulanan.

Tapi pasal sikap.

Bila diberi tanggungjawab — kau jaga?
Bila diberi amanah — kau setia?
Bila dia mula meragam — kau belainya?
Atau kau biar sampai jahanam… lepastu kau cari baru?

Sebab kalau benda yang tak bercakap pun kau tak reti nak hargai — jangan pelik kalau satu hari nanti, orang yang boleh bercakap pun mula diam dengan kau.

πŸ’₯ “Kalau diri sendiri pun tak reti jaga, jangan gatal fikir nak jaga orang lain.”
Nak jadi lelaki? Belajar jadi bertanggungjawab dulu…

Dan kalau kau masih tak faham maksud tanggungjawab…

Ingat satu je:

Kadang… kenderaan rosak bukan sebab usia. Tapi sebab dia dah penat tunggu tuan dia jadi manusia.


[BERSAMBUNG DI EPISOD 3]


Cerita kita belum habis kat sini…

Honda City tu dah pun memilih tuan dia. Tapi di rumah yang sama… ada sepasang mata yang makin hari makin merah.

Episod seterusnya — kita akan tengok, macam mana seorang lelaki sanggup beli ‘keranda bergerak’ bukan sebab dia perlu… tapi sebab dia tak nak kalah.

Bagaimana ego dia buatkan hutang kecil jadi racun yang perlahan-lahan bunuh kewangan dia sendiri.

Ada sesuatu yang dia banggakan…
Tapi hakikatnya, ia cuma menambah gelap hidup dia yang dah sedia suram.

[Episod 3] PEMBUNUH KEWANGAN: KERANDA BERGERAK SI PEMANDU EGO

Kau bersedia nak tahu…
Kereta kau tu bawa kau ke destinasi…
Atau bawa kau perlahan-lahan masuk lubang biawak yang kau gali sendiri?

25 Jun 2025

[SAHAM] Jom Belajar Saham… Sambil Jalan-Jalan Pasar Malam

"Kau tak bodoh kalau tak tahu saham… Tapi rugi kalau tak ambil tahu."


🏁 Bila Dengar Perkataan "Saham", Apa Yang Terbayang Dalam Kepala?

Ada orang bila sebut "saham", terus kepala dia bayang skrin penuh graf pelik-pelik. Warna merah hijau biru — macam lampu lip lap masa raya. Ada pula yang ingat saham ni kerja orang nerd yang duduk depan enam monitor, pakai headphone, minum kopi Americano, tekan-tekan keyboard sambil muka ketat.


Ada juga yang lagi ekstrim — dia ingat saham ni macam jampi. Siap nampak lilin berderet, ada carta bertingkat, pastu ada bunyi "ting ting ting" setiap kali harga naik turun. Nampak sangat trauma kelas Ekonomi Asas dulu masih belum sembuh.

Dan jangan lupa — ada yang pernah dikecewakan. Kawan lama tiba-tiba ajak lepak, lepas tu promote skim pelaburan yang katanya "confirm untung", "duit kerja untuk kita", "boleh withdraw bila-bila". Tapi hujungnya — tinggal resit pelaburan dan hati yang luka.

So hari ni... kita start dari kosong. Kau dengan aku.

Kita jalan-jalan pasar malam, sambil borak-borak pasal saham. Tak perlu carta pelik. Tak perlu jargon English berlapis. Kita sembang macam dua sahabat lama yang tengah lepak cari air jagung.


πŸ” Cerita Si Man dan Burger Oblong

Aku ajak kau jalan kaki. Pasar malam depan tu je.

Angin malam suam-suam, bau satey selang-seli dengan bau sotong bakar. Budak menangis nak belon, mak budak marah sebab mahal. Lampu kelip-kelip serabut mata — tapi tenang dalam kepala.

Sambil redah lorong sempit antara gerai, mata aku terpaku.

"Weh... itu bukan si Man ke? Si Man yang dulu striker time kita main bola pakai selipar letak tangan?"

Kau tengok, kau senyum. "Betul lah tu. Dia la."


Si Man tengah uruskan gerai burger. Bukan gerai biasa. Menu proper, design lawa, siap ada QR code. Steady.

"Wehhh lama tak jumpa!"

Dia sapa kita macam tak pernah hilang. Sembang macam tak pernah putus.

Sambil balik-balikkan daging burger atas grill, dia cerita — macam mana lepas SPM dia kerja kilang, pastu berhenti. Start jual burger tepi jalan. Viral kat TikTok. Ambil tempahan ramai, pastu upgrade gerai. Sekarang tengah rancang nak buka satu lagi cawangan.

Tiba-tiba dia buka mulut:

"Aku plan nak cari partner. Kalau korang ada RM500, boleh aku rolling modal. Nanti bila bisnes untung, aku bagi korang share. Kita buat sistem dividen — setiap 3 bulan aku kira dan bagi ikut bahagian."

Aku pandang kau. Kau pandang aku.

Kau tanya, "Tapi bro… kita kerja. Mana sempat jaga kedai?"

Man gelak. "Bro, aku tak suruh jaga. Aku dah train budak nak handle. Korang just letak modal. Bila untung, dapat bahagian."

Aku senyum. Tapi dalam kepala aku...

"Weh… ni konsep saham lah."


πŸ” Saham = Kau Pemilik Syarikat. Bukan Penonton.

Bezanya, saham bukan dengan Man je.

Kalau Man buka burger — syarikat besar buka bisnes lagi banyak. NestlΓ©, TNB, Maybank, Mr DIY — semua tu syarikat yang kau boleh jadi "owner".

Beli satu lot saham NestlΓ©, kau bukan sekadar peminat Milo.
Kau pemilik kecil syarikat tu.

Syarikat buat untung? Kau dapat bahagian.
Syarikat buat AGM? Kau layak datang, siap boleh undi siapa CEO.

Kau bukan pelanggan biasa.
Kau ada suara — walaupun kecil.

Tapi malangnya…

Ramai orang salah faham dari awal.


⚠️ "Kalau Kau Beli Saham Sebab Orang Lain Beli… Itu Ikut-Ikutan. Bukan Pelaburan."

Sama macam beli iPhone sebab orang lain beli — tapi selfie pun malu.

Saham ni bukan main teka. Bukan sebab "kawan ofis kata kaunter ni meletop bro". Bukan sebab "influencer TikTok suruh hold sampai purnama".

Kalau kau tak faham syarikat tu buat apa, dari mana datang untung dia — kau bukan melabur. Kau tengah berjudi pakai kostum pelabur.


🧨 Saham Bukan Skim Cepat Kaya

Ingat si Lokman?

Dulu ajak join pelaburan emas Genneva. Katanya untung 30% sebulan. Siap bagi sekeping emas dalam kotak baldu, glove putih. Macam nak tunang.

Tiga bulan kemudian, semua lesap.

Yang tinggal cuma kotak baldu dan trauma beli barang bersinar.

Tapi pelik… masih ramai ulang benda sama.

Hari ni emas. Esok kambing. Lusa crypto. Tulat bot dari Dubai.

Packaging je tukar. Janji tetap manis.

Tapi saham yang sebenar… ada sistem.
Ada Bursa Malaysia. Ada audit. Ada laporan tahunan.

Kalau pelaburan tu takde sistem, tapi janji untung — itu bukan peluang. Itu perangkap.


πŸ›  Pelaburan Saham Ada Proses. Bukan Main Hentam.

Nak beli saham bukan tekan link WhatsApp.
Bukan join group Telegram.

Kau kena buka akaun CDS — macam akaun bank, tapi khas untuk beli saham.

Guna platform sah: M+ Online, Rakuten, CGS-CIMB dan lain-lain.

Setiap transaksi ada rekod. Setiap duit ada laluan.

Saham bukan sekadar "masuk duit, tunggu kaya".
Dia proses. Dia sistem. Dia ilmu.


πŸ’° Siapa Patut Belajar Saham?

Untuk orang kaya?
Tak. Salah.

Untuk orang yang dah bosan dengan gaji cukup-cukup makan.
Untuk orang yang penat, tapi duit tak pernah cukup.

Saham bukan untuk orang kaya. Tapi untuk orang yang nak belajar fikir macam orang kaya.

Orang kaya tak tunggu gaji.
Diorang hantar duit kerja.

Setiap RM1 ada misi.
Kau macam mana?


🧠 Kalau Kau Tak Mula Belajar… Kau Akan Terus Tertinggal

Kau ingat lagi tak perasaan masa first time belajar pasal duit?
Masa cikgu ajar beza "simpanan" dengan "pelaburan".

Kita angguk. Tapi sebenarnya kosong.

Hari ni — kau mula celik sikit.

Dan ingat:

Setiap kali kau tangguh belajar, kau bukan tangguh info.
Kau tangguh kebebasan diri sendiri.

Tak perlu terus masuk.
Tapi kalau kau tak mula berenang, sampai bila nak duduk tepi kolam?


πŸ“¦ Episod Seterusnya: Kita Ke Pasar Borong

Pasar malam dah habis.
Burger pun tinggal bungkusan minyak.

Tapi perbualan kita… baru mula.

Episod seterusnya, kita tak jalan-jalan cari satey.
Kita ke Pasar Borong — tempat peniaga mula bisnes besar.

Aku nak ajar kau buka akaun CDS. Beli saham pertama. Pilih syarikat yang betul.

Bukan ikut cakap orang.
Tapi ikut ilmu.


☕ Penutup: Kau Nak Hidup Macam Biasa… Atau Nak Bebas?

Blog ni bukan tempat aku nak tunjuk pandai.
Tapi tempat kita sama-sama belajar — dengan hati yang terbuka.

Ilmu saham hari ni ramai jual.
Ada yang buat kelas, ada yang buat kursus mahal.

Tapi kat sini… aku tak jual mimpi.
Aku cuma nak kau tahu apa yang sepatutnya kau dah tahu dari dulu.

Sebab saham ni bukan ajar kau buat duit.
Tapi ajar kau macam mana nak suruh duit kerja untuk kau.

Kalau kau rasa artikel ni beri kau sesuatu… ajak orang tersayang baca sekali.

Bukan sebab aku nak viral.
Tapi sebab aku tak nak orang sekeliling kau ulang silap yang sama.

Sebab dalam dunia hari ni…
Yang tak belajar akan tetap membayar.

Tapi bukan guna duit.
Tapi dengan harga sebuah penyesalan.

Jumpa di episod seterusnya.
InsyaAllah — dengan kopi, dan hati yang terbuka. ☕πŸ“ˆ

16 Jun 2025

[EPISOD 1] KAU PILIH KERETA ATAU KERETA PILIH KAU?

 Sebuah siri tentang kenderaan dan pilihan hidup



“Pernah tak kau rasa… kenderaan yang kau beli tu macam tak rela je dengan kau?” Kadang rosak manja-manja, kadang menduga jiwa.

Minyak hitam baru tukar, tiba-tiba enjin terus tak boleh berputar.
Baru setel bayar ansuran, tiba-tiba tayar bengkak minta tukar.
Kadang tu baru nak masuk highway, tiba-tiba terus dia ajak berhenti ke tepi.

Kadang aku terfikir…

“Kereta ni sebenarnya kita yang pilih dia... atau dia yang pilih kita?”

Sebab hakikatnya, dalam hidup ni — bukan semua benda yang kita pilih, sesuai untuk kita. Dan kereta… bagi aku, dia seolah-olah berjiwa. Baru cerita nak cari yang lain, terus dia merajuk tak nak bawak kita ke mana-mana. Sebab ramai tak beli dengan jiwa. Ramai beli sebab gaya.

Kau cuba tengok sekeliling —
Ada yang beli kereta sebab nak impress awek.
Ada yang baru tukar Civic, tapi dalam hati takde sivik.
Ada yang beli sebab rasa dah cukup “berjaya”.
Tapi bila bulan keempat bayar ansuran, dah start Google keyword: “kenapa dengan kereta saya?”

Kereta ni... dia tak semata-mata alat.
Dia boleh jadi partner yang setia, kalau kau tahu cara jaganya.
Tapi dia juga boleh jadi beban — kalau kau cuma nak tunggang dia tanpa pernah tanya:

“Aku ni tuan... atau penumpang yang sombong?”

Cerita ni bukan tentang kereta semata.
Tapi tentang manusia yang fikir dia pandai pilih…
Sedangkan dia tak pernah tanya —

“Aku ni... betul-betul layak ke untuk dipilih?”


Awal Januari 2025, rumah Kak Ngah makin sunyi terasa. Honda City yang dulu selalu dibawa ke sana sini, kini makin lama makin dingin — terbiar sepi. Seperti menunggu sesuatu. Atau mungkin… sedang menunggu seseorang yang sudi membawanya keluar berjalan-jalan semula.

Kak Ngah rasa berat hati tengok kereta tu terus terbiar. Katanya, daripada biarkan ia mereput tak berjaya, baik beri pada siapa yang boleh jaga dan manfaatkan. Tapi bukan sebarangan orang. Kena orang yang betul-betul tahu menghargai.

Lepas beberapa kali tenung kereta tu dari celah pintu yang sedikit terbuka, Kak Ngah kumpulkan kekuatan.

“Dah 43 hari terpendam di dada nak cerita... Tapi tak kuat nak bagitau... Pagi ni baru dapat kekuatan dia,” tulis Kak Ngah dalam WhatsApp group keluarga.

Dia jemput dua orang datang rumah. Aku dan Wan. Takde intro fancy. Takde briefing panjang. Cuma satu mesej ringkas yang aku rasa, beratnya lebih dari semua group project aku zaman belajar dulu.

“Bila free datanglah rumah Kak Ngah. Tapi kena datang dengan Along Wan. Kak Ngah ada nak cerita kat you two.”


Petang Sabtu, 4 Januari — aku dan Wan sampai rumah Kak Ngah. Kak Ngah tenang, tapi sedikit muram. Anak-anak dia semua pun ada di rumah. Terasa macam satu dewan perbicaraan kecil keluarga.

Kak Ngah mula buka cerita.

"Dulu Abang Mus selalu juga bawak keluar Honda City ni... Tapi semenjak dia tak sihat hari tu, lama dah Honda tu tak 'berjaga'."

Dia pandang lama ke arah tingkap, seolah kereta tu masih berdiri tegak dalam ingatan dia.

"Budak-budak ni ada la juga sesekali bawak keluar... tu pun sebab Kak Ngah suruh panaskan enjin. Tapi masing-masing pun dah ada kereta sendiri."

Dia menghela nafas panjang.

"Kalau kereta ni dok terletak depan rumah macam ni... entah-entah esok lusa terus rosak pula. Kak Ngah pun dah lama tak memandu. Rasa rugi kalau terus biarkan dia mereput begitu."

Dia tenung kami berdua.

"Kak Ngah nak bagi percuma je kereta ni pada siapa yang boleh jaga kereta tu elok-elok. Kak Ngah taknak kereta ni rosak terbiar. Siapa yang rasa mampu, ambillah. Tapi Kak Ngah pesan awal-awal, siapa datang dulu, dia yang dapat. First come, first serve."

Aku tersentak. Tapi aku tak terus menjawab. Dalam hati aku masih terbayang telitinya Abg Mus jaga kenderaan keluarga mereka dulu.

"Kak Ngah, boleh bagi masa seminggu untuk berfikir? Saya nak bincang dulu dengan CikDah."


Malam tu aku ajak Wan ride jauh — aku dengan Benelli RFS aku, dia pun dengan RFS dia. Sama, tapi tak serupa. Dah lama aku perasan… Masa aku pakai Proton Saga LMST, dia pun cari Saga Sedan. Aku beli Benelli RFS 150i Limited Edition, dia pun beli Benelli RFS 150i Limited Edition, siap mod sekali.

Aku tak tuduh. Cuma aku perasan...

Sampai kat R&R Rawang, aku tanya dia pasal kereta Kak Ngah.

"Wan, apa pendapat kamu tentang offer Mak Ngah tu?"

"Kalau kamu nak ambik ke Honda tu, Pokcik okay je. Nak tak nak Pokcik kene juga cari kereta lain dalam tahun ni.. Yang penting, siapa ambik, kena sanggup tanggung."

Aku ceritakan juga kondisi kereta tu, masalah-masalah kecil yang aku tahu — CVT slip sikit, body bushing longgar, enjin kasar. Tapi bagi aku, semua tu manageable.

Dia dengar. Tapi senyap. Macam tak kisah.


Ahad tu CikDah call. Aku bincang dengan dia pasal Honda tu. Dia setuju. Dia tahu aku memang tengah cari kereta yang:

  • Nampak presentable sikit untuk kerja

  • Selesa untuk outstation dan bawa equipment

  • Jimat minyak sebab aku selalu ulang alik jauh ke Johol

Tapi aku cakap juga — Kak Ngah bukan offer aku sorang. Boleh jadi Wan yang dapat. Jadi aku fikir, kalau bukan aku yang dapat, aku nak bantu Wan cari kereta lain ikut kemampuan dia.

Aku pernah terfikir nak bantu kewangan, atau bagi Saga LMST aku.

Tapi bila aku cakap nak bantu… CikDah terus bantah.

"Kalau dia nak, biarlah dia usaha sendiri. Takkan semua benda pun nak kita suap? Kereta Saga tu pun, jangan mimpi. Aku tak sanggup tengok dia jahanamkan lagi sebijik."

Aku diam. Dia sanggup lepaskan kereta pertamanya untuk aku, tapi bukan untuk orang yang tak reti jaga amanah.


Hari Isnin tu aku terus WhatsApp Kak Ngah. Malam tu, aku pergi rumah dia.

"Kalau bukan rezeki saya, takpe. Tapi saya datang ni sebab saya nak Kak Ngah tahu... saya hargai peluang ni."


Selasa malam, Wan ajak lepak. Dia pandang aku, dan cakap:

"Pokcik… tak payah la ek ambik Honda tu. Wan ingat Wan nak ambik."

Ayat dia pendek. Tapi berat.

"Kalau Pokcik nak beli kereta lain, Wan boleh bantu sikit. Kita jual je kereta Saga lama Wan tu. Boleh tolong topup bajet Pokcik."

Aku senyum. Dalam hati: kereta yang tunggu rebah tu nak bantu aku? Tapi takpe…

“Aku tawarkan tangan. Dia pulang paku. Tapi takpe… aku dah buat bahagian aku.”

"Kalau kamu betul-betul nak, pergi lah jumpa Mak Ngah. Jangan cakap kat Pokcik je. Pergi beritahu Mak Ngah kenapa Wan perlukan kereta tu."


Malam esoknya aku scroll balik Mudah.my… cari kereta murah. Just in case.

Beberapa hari lepas tu, Kak Ngah mesej aku.

"Jumaat malam datang rumah ya. Anak-anak semua ada. Kak Ngah nak bagi Kambing Perap"

Dalam hati aku berdebar. Tapi aku tahu satu benda:

"Aku dah datang. Aku dah nyatakan hasrat. Selebihnya, bukan kerja aku lagi."


[BERSAMBUNG DI EPISOD 2]


Cerita ni tak habis kat sini...
Ni baru permulaan kepada satu siri yang lebih dalam — tentang manusia, ego, pilihan… dan kenderaan yang bukan sekadar alat. Akan ada lima episod semuanya. Dan setiap satunya… makin dekat dengan realiti yang ramai orang tak berani hadap.

Episod seterusnya — keputusan muktamad siapa yang bakal menjadi tuan baru kepada Honda City ini. Tapi itu cuma satu bab kecil.

Sebab lepas tu, muncul kisah Wan. Dan deretan kenderaan yang datang dan pergi dalam hidup dia. Termasuk sebuah ‘keranda bergerak’ yang dia pilih… bukan sebab perlu, tapi sebab taknak kalah.

Jangan sangka kereta cuma soal “boleh jalan ke tak”. Kadang… dia jadi cermin diri kau sendiri.

Kau bersedia nak tengok siapa yang sebenarnya memandu... dan siapa yang selama ni cuma menumpang?