Kisah Benar – Confession Aku… Exit Plan Aku. Jangan Resign Sebelum Kau Baca.
📝 Bila Kau Bangun Pagi… Tapi Hati Kau RASA Mati
Pernah tak kau rasa… setiap pagi kau bangun, kau pakai uniform kerja, kau tengok cermin – tapi dalam hati kau kosong?
Bukan sebab kau malas. Bukan sebab kau tak bersyukur.
Tapi sebab kau dah penat…
dan kau dah mula hilang rasa ‘manusia’ dalam kerja seharian kau sendiri.
Aku pernah rasa.
Dan… aku masih rasa.
Hari-hari aku masuk office, bukan sebab nak belajar benda baru, bukan sebab nak capai impian aku…
Tapi sebab aku takut – takut gaji tak masuk hujung bulan, takut tak boleh bayar kereta, takut tak boleh servis motor, takut tak mampu bayar rumah, api air, broadband, susu anak.
Nampak aku senyum tiap kali berselisih dengan bos.
Nampak aku happy gelak tawa dengan teammate.
Tapi realitinya, dalam hati aku selalu terfikir…
“Bodoh sangat ke aku, sampai sanggup telan semua ni?”
Tapi aku tetap buat.
Sebab aku fikir –
“Kalau bukan kerja ni… aku nak kerja apa lagi?”
📝 Toxic Leedershit: Realiti Yang Ramai Tak Berani Hadap
Orang selalu cakap,
“Kalau tak suka, resign je.”
Senang la cakap.
Masalahnya, orang yang cakap tu pun belum tentu sanggup belanja kau roti canai seminggu kalau kau tiba-tiba jadi petani anggur yang berjaya.
Sebab realitinya…
Bila tempat kerja kau dah mula jadi toksik, takkan ada siapa peduli pasal mental kau.
Bos kau? Sibuk kejar KPI dia.
HR? Dia jaga nama company dulu, bukan kesihatan mental kau.
Kawan kerja? Diorang pun tengah mengah bertahan, separuh nyawa.
Dan yang paling celaka…
Bila yang buat tempat kerja jadi neraka, adalah leadership sendiri.
Leadership yang bangga bila buat orang takut.
Leadership yang rasa dia boleh beli masa dan jiwa pekerja dia.
Leadership yang rasa orang bawah tak layak bersuara.
Leadership yang guna undang-undang macam belon – picit sana sini cari loophole nak kerah tenaga pekerja.
Leadership yang lupa… manusia ada limit. Bukan robot.
📝 Toxic Leadership Bukan Sekadar Boss Menengking
Kau tahu tak…
Toxic leadership bukan sekadar boss menengking dari pagi sampai pecah anak tekak depan orang.
Kadang, toxic leadership tu datang dalam bentuk yang lagi licik:
✅ Interview kau dengan senyum manis, janji bulan bintang – lepas confirm, semua habis diludah.
✅ Bagi beban kerja luar jobscope, tapi cakap “ini peluang untuk belajar”.
✅ Paksa overtime, tapi tak nak declare. Siapa tak nak, kena black list promotion.
✅ Buat kau rasa bersalah ambik MC, sampai kau demam pun datang kerja.
✅ Gaslighting hari-hari, sampai kau rasa semua salah kau. Kau tak cukup bagus, kau tak cukup laju, kau tak cukup taat.
✅ Bonus dibayar ikut suka, dipecah ikut bulan – bukan sebab company tak mampu, tapi nak lock kau stay sebab takut hilang bonus tu hilang.
✅ Annual leave apply seminggu awal pun belum tentu approve. Kadang tarikh cuti dah sampai, masih pending. Dan paling bangsat… walaupun kau cuti, kerja tetap ganggu. Call, WhatsApp, email masuk macam cuti kau tu tak pernah wujud.
✅ KPI tiba-tiba dinaikkan tanpa negotiation. Target makin tinggi, workload makin berat, tapi gaji kau tetap sama. Kalau tak capai? Kau yang dipersalahkan.
✅ Paksa join ‘fun event’ hujung minggu – Sabtu Ahad full day, konon “tak nak ganggu operation hours”. Weekend kau burn, claim takde. Yang tak join, dicop tak team player. Yang join, mental exhausted sebab takde life balance.
✅ Probation period dipanjang-panjangkan tanpa sebab jelas. Confirmation asyik delay dengan alasan “bos belum review”. Padahal kau dah buat kerja sama macam staff confirmed lain – cuma bezanya, kau takde benefit dan hak untuk bersuara.
Worst part?
Ramai company gunakan ‘gray area’ dalam undang-undang buruh untuk kekalkan sistem hamba moden ni.
Masa kau sign kontrak, kau ingat gaji RM3k tu secure.
Tapi kau tak nampak… bonus boleh dipecah-pecahkan jadi installment, overtime boleh dipaksa tanpa claim, medical benefit boleh diubah anytime dengan satu memo.
“Undang-undang tu wujud untuk lindung pekerja. Tapi loophole dia dicipta untuk kaya majikan.”
📝 Ini Bukan Cerita Motivational Speaker… Ini Cerita Aku
Apa yang aku cerita ni…
Bukan kisah kawan aku.
Bukan teori motivational speaker yang dapat duit dari cakap manis.
Ini realiti aku sendiri.
Realiti yang aku hadap hari-hari, dari pagi aku bangun sampai malam aku rebah.
Dan kau tahu tak…
Salah satu sebab aku masih boleh berdiri hari ni…
Bukan sebab aku kaya.
Bukan sebab aku pandai sangat.
Tapi sebab aku buat pilihan yang ramai orang tak sanggup buat.
Ramai orang kerja sebab nak nampak ‘berjaya’.
Kereta kena up spec. Motor kena upgrade. Rumah kena besar.
Hidup mesti nampak mewah, walaupun hati kosong, bank akaun kering.
Aku…
Aku pilih untuk bebaskan diri dari hutang, walaupun nampak loser di mata manusia lain.
Orang kata aku tak berharta.
Tak ada kereta mewah.
Tak ada life yang boleh di-flex dalam IG story.
Tapi aku okay.
Sebab aku sedar satu benda:
“Sistem ni dicipta untuk buat kau rasa tak cukup, sampai mati.
Kalau kau tak pernah break the cycle, kau memang takkan pernah cukup.”
Dan sebab tu…
Bila tempat kerja aku mula tunjuk taring, pijak maruah aku, aku masih ada pilihan.
Bukan sebab aku bernasib baik.
Tapi sebab aku paksa diri aku bersedia dari awal.
Aku tau…
Kalau aku tak pernah ada duit lebih dari gaji bulan depan,
hidup aku memang milik bos aku sampai aku mati.
Aku tak pernah sangkut dalam sangkar rat race yang mereka cipta.
Aku tau sistem mereka…
Dan aku play with the system, bukan jadi mangsa system.
Dan kau tau kenapa aku berani cakap semua ni?
Semua trick kotor korang… dah ada dalam poket aku.
Aku pernah belajar semua training leadership toxic ni.
Aku pernah diajar cara cari loophole dalam undang-undang buruh.
Aku tau semua jalan shortcut korang.
Aku tau macam mana korang twist policy untuk buat pekerja tunduk.
Dulu aku salah seorang yang cipta perangkap tu.
Sekarang, aku ajar orang cara elak… sebab semua perangkap tu, aku sendiri yang pernah tolong reka untuk korang dulu.
Dan kalau kau rasa kau tak mampu buat…
Sebenarnya kau mampu.
Cuma persoalannya…
“Kau sanggup korbankan gaya hidup sekarang, untuk freedom nanti…
atau kau nak gaya, tapi terpaksa hidup jadi hamba sampai mati?”
Sekarang ni pun…
Aku sedang plan langkah demi langkah untuk keluar.
Bukan keluar ikut emosi.
Bukan sebab nak lari dari realiti.
Tapi sebab aku dah kira semua risiko – komitmen, saving buffer, timeline exit, market demand.
Sebab bagi aku…
Keluar tanpa plan itu bukan freedom. Itu suicide.
Aku tak nak keluar dari mulut naga masuk mulut singa.
Aku nak keluar dengan kepala tegak.
Keluar dengan nama baik.
Keluar sebab aku tau, aku dah play with system, bukan jadi mangsa system.
Dan aku nak kau yang baca ni… sedar satu benda:
✅ Kau pun boleh menilai majikan.
✅ Bukan majikan je ada hak menilai kau.
📝 Dulu Aku Tukang Buat Perangkap… Sekarang Aku Sniper
Dan sebelum aku tutup episod pertama ni…
Aku nak kau bayangkan satu benda.
Bayangkan kau tengah berdiri dalam bilik senjata.
Depan kau, penuh dengan senjata pelbagai jenis.
🔫 Ada sniper – untuk detect red flag leadership toksik masa interview, sebelum kau pijak perangkap mereka.
💣 Ada grenade launcher – untuk dedah semua game kotor company yang guna loophole undang-undang buruh, nak perah pekerja macam hamba moden.
🗡️ Ada tactical knife – Exit Plan.
Bukan setakat tender surat resign, tapi cara keluar dengan selamat, bermaruah, dan buat diorang menyesal sebab hilang kau.
Dan aku nak semua majikan yang baca ni tau…
Aku bukan sekadar cerita masalah aku.
Aku bukan sekadar pekerja yang sakit hati.
Sekarang, aku tengah bogelkan semua trik licik korang satu per satu.
Semua perangkap yang korang cipta untuk buat pekerja rasa tak cukup, tak layak, tak boleh survive tanpa korang…
Aku akan buka satu-satu.
Aku akan tunjuk semua pekung dan nanah sistem korang…
Sampai pekerja sedar – korang bukan Tuhan dalam hidup diorang.
Sebab perang ni…
Bukan sekadar perang antara pekerja dengan majikan.
Ini perang untuk ambil balik harga diri yang korang rampas.
Dan aku janji…
Setiap episod lepas ni akan jadi bom yang meletupkan kebodohan sistem hamba moden korang.
Sebab bagi aku…
“Freedom tu best… tapi freedom tanpa safety net, itu bukan freedom. Itu suicide.”
Jadi sebelum aku tutup episod pertama ni, aku nak kau fikir satu je malam ni:
“Kalau tempat kerja tu buat kau hilang harga diri…
kau sanggup gadaikan berapa lama lagi hidup kau untuk dia?”
Bersedia, agent.
Perang baru saja bermula… dan kali ni, majikan takkan sempat lari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan