17 November 2025

ECU Racing, Ilmu Standard — Akhirnya Setting Pun X Ngam

 

Standard Itu Windah? – Kisah Sebenar Di Sebalik Rumble Idle

Sabtu pagi. Langit tenang, angin suam — jenis pagi yang isteri masing-masing bagi lesen keluar kandang half-day pass.
Tiga brader motorhead dah set janji lepak kat port biasa — Kafe Kopi Ko Moto?
Tapi biasalah… kalau geng motor, mesti ada je yang gatal nak tunjuk siapa paling “ready to race”.

Aku dengan Palestin, Benelli RFS 150i Limited Edition warna empat serangkai — hitam, putih, hijau, merah.
Dorang panggil Itali, tapi aku suka panggil Palestin.
Kat simpang besar nak ke kafe, muncul satu bayang familiar — Repsol, Honda RS150R edisi Repsol, datang melulu dari belakang.

“Pokcik! Ada berani nak test? Lama kita tak lawan lampu weh!” jerit Aris dari sebelah.

Dia senyum lebar, throttle berdesup — tapi bunyi enjin dia kasar semacam.

Aku balas, “Eh… bunyi motor kau pelik la bro. Tick tick tick tu bunyi apa?”

Dia dengan bangga,

“Ha tu la setting ECU baru aku weh! UMA Racing M5. Dengar tak rumble idle dia?”

Aku sengih separuh.

“Rumble Idle ke… dengar macam AIC tersedak jer? Lama kempunan nak makan asap aku ek?”

Dia gelak kuat.

“Ape barang ECU standard, Pokcik!? Kita tengok sapa makan asap kali ni — setting kali ni dah ngam gila!”

Lampu hijau. Dua-dua terus memecut gear pertama.
Palestin aku standard, tapi throttle responsif.
Repsol dia bunyi bler-bler-blop-blop — macam ECU tengah loading akaun Google.

Baru beberapa meter je, Palestin dah meluncur ke depan. Dalam side mirror nampak Aris angkat tangan, konon tak serius.


Depan kafe, dua-dua sampai lebih kurang sama masa.
Aku parking Palestin sebelah Repsol, buka helmet, masih senyum-senyum.

Aris terus buka cerita, “Weh, aku rasa macam dah power M5 ni, tapi lain macam Pokcik punya pergi tadi?”
Aku geleng. “Itu kau katakan power? Ke placebo sebab ECU racing tapi tune standard?”
Dia ketawa separuh yakin. “Takkan nak naik dyno lagi sekali ni. Hadoiii…”
Dia sambung, “Eh, selalu Pokcik berdua. Mana bayang-bayang?”


Tengah kami sembang sambil melangkah masuk kafe, tiba-tiba satu suara menyampuk dari belakang.

“Eh, sambil nak datang pun sempat lagi test power? Awal korang hari ni.”

Wan muncul — jeans gelap, baju polo, porch bag besar melintang pinggang.
Tapi tangan kosong — takde helmet.

Aris pandang dia, “Weh, Wan pun turun? Rare ni weh!”
Aku sambung, “Ha, baru cukup korum. Tinggal nak order kopi je.”
Wan senyum confident. “Aku datang awal tadi, parking terus.”
Aris jeling kiri kanan. “Mana OnePiece? Tak nampak pun?”
Wan balas, “OnePiece?
Aris terus gelak, “Motor Benelli RFS kau laaaa!”
Wan selamba, “Motor tengah rehat kat rumah. Hari ni aku drive.”

Aku sengih. 

“Iyalah tu, OnePiece tu tengah rehat ke… atau dah masuk ICU?”
Dia gelak hambar. “Haha… lebih kurang la.”


Babak Kafe – Kopi, Ego & Rumble Idle

Kami baru duduk, belum sempat buka topik, satu suara dari belakang kaunter menegur.

“Weh, aku dengar dua motor drag kat simpang tadi.
Yang satu idle rumble lain macam, satu lagi bunyi dia senyap tapi jalan lembut.
Siapa punya yang senyap tu?”

Aris tegak, bangga.

“Ha, yang bunyi garang tu la saya, bang. Baru pasang ECU M5!”

Barista senyum sambil letak cawan kopi panas.

“M5 ya? Setting lean sikit tu.
Kalau AIC asyik main naik-turun, cepat jahanam, bro.
Saya dulu pun banyak kali tukar benda tu. Last-last, motor yang tukar saya.”

Kami bertiga tergelak.

Aku tanya, “Oh kau dulu main motor juga?”

“Saya dulu main LC135 bang.
Zaman tu kalau tak pakai pipe R9, orang kata bukan jantan.
Upgrade hari Isnin, pecah piston hari Sabtu.
Sekarang upgrade cuma coffee grinder je — tak berasap tapi masih power.”

Kami semua ketawa. Tapi vibe barista tu lain — otai dah cuci tangan.

Aris masih tak puas hati.

“Tapi bang, pelik la… ECU saya racing. Motor Pokcik standard je tapi boleh tapau.”
Barista pandang aku.
“Standard? Tak rasa macam standard pun. Bunyi dia tadi clean, linear, pickup steady.
Kalau saya teka, tu Stage 1... paling kurang pun mesti dah remap ECU – tapi setup kemas.”

Aris tanya laju, “ECU standard boleh remap ke?”
Barista gelak, “Kalau tau caranya, boleh je. Tapi ramai lupa — bukan semua benda perlukan upgrade, kadang cuma perlu faham cara mesin bernafas.”

Wan terus masuk menyakat.

“Ha betul tu. Stage 1 Pokcik ni aku tau — sebab aku dulu ikut bulat-bulat setup dia.”
Aris terkejut, “Eh kau pun buat mod ke?”
Wan sengih, “Ha… dulu la. Sekarang motor dah koma dalam ICU. Tapi Pokcik punya? Still mengganas macam selalu.”

Barista sambung:

“Orang nampak standard sebab tak nampak ilmu.
Macam saya dulu, semua barang pun nak racing, tapi kepala tak tune.
Sekarang saya percaya – standard pun boleh power kalau otak yang tune betul.

Aku angkat cawan. “Ha tu lah dia… STP bro.”

Aris blur, “STP tu apa?”
Aku sengih, “Standard Tapi Power. Kalau kau nak laju, bukan kena tukar semua — kena faham dulu apa yang patut kekal.”

Wan tepuk meja.

“Ha tu baru Pokcik punya falsafah!”


Bila Barista Buka Buku Lama

Suasana makin santai. Barista letak satu mug kopi baru, tapi kali ni dia bersandar sikit — nada suara berubah perlahan.

“Saya dulu ikut trend semua, bang. LC saya dulu, ape je menda yang saya tak buat? Block dah korek, head dah polish, Port & Polish semua, cam racing, ECU open cut-off.
Setiap kali orang forum cakap ‘ni setting power’, saya ikut.
Last-last, motor pun tak sempat hidup lama — saya pun hampir ikut sekali.”

Dia senyum kecil, tapi mata dia lain.

“Lepas total loss tu, saya beli RSX pula tahun lepas. Ingat dah insaf.
Tapi perangai lama susah padam.
Lagi sekali ikut orang — katanya nak rasa idle rumble macam MotoGP.
Akhirnya enjin overheat masa jam, clutch plate melekat, hampir terbakar.
Nasib baik sempat ketepi.”

Dia pandang kami bertiga.

“Lepas tu saya pasang balik semua standard.
Sekarang saya ride hari-hari, sampai rumah pun masih senyum.
Motto baru saya: Standard Witu Windah.

Kedai senyap seminit. Lepas tu semua meletup ketawa.
Wan sampai tepuk meja.

“Tu diaaa, motto baru kita semua!”

Aku sambung,

“Takpe Wan, Pokcik cipta satu lagi khas untuk geng kita — Gang Setting X Ngam.
Barista ketawa sampai tunduk, “Haaa tu power! Gabung dua jadi Standard Tapi Power X Ngam!

Kedai jadi riuh semula. Tapi di tengah gelak tu, semua macam terdiam sekejap.
Sebab dalam lawak tu, masing-masing tahu — semua pernah buat silap yang sama.


Kopi Pahit – Ego vs Ilmu

Bila gelak reda, aku bersandar.

“Masalahnya ramai orang upgrade sebab nak nampak power, tapi tak nak faham mana datang power. Kau beli ECU racing, tapi tak tahu apa benda ‘fuel trim’ pun.
Mod tanpa ilmu ni, serius bodoh, bro.”

Aris tunduk. Wan senyum nakal.

“Ha tu la, ilmu tu macam minyak enjin. Bila kering, semua mula haus.”

Barista sambung,

“Betul bang. Orang sekarang beli kuasa, bukan bina kuasa.
Padahal yang paling kuat tu bukan mesin — tapi orang yang sabar nak faham.”


Penutup – Mesin & Manusia

Masa kami nak balik, Aris hidupkan Repsol dia.
Bunyi idle rumble bergema lembut, tapi tak seimbang.
Barista senyum, lap meja sambil cakap:

“Ha, bunyi macam tu lawa, tapi kalau AIC asyik main naik-turun,
bukan enjin je haus — iman pun teruji.”

Kami semua ketawa.
Wan buka pintu kereta, sempat cakap:

“Kau memang tak boleh tipu mesin. Dia tahu siapa yang faham dia.”

Aku pakai helmet, start Palestin.
Bunyi enjin smooth — cukup sopan untuk telinga, cukup kuat untuk maruah.

Aku senyum, “ECU bukan EGO Control Unit.
Yang penting, siapa yang control siapa.”

Aris angkat tangan,

“Bang, next time nak kirim setting STP boleh?”

Aku gelak.
“Ceh… Ingat nak kirim sticker ‘Setting X Ngam’ tadi, Setting boleh tiru.
Tapi ilmu kena cari — lain motor, lain mod, lain setting-nya bro.”

Kami keluar dari parkir, barista pandang dari jauh, lap meja sekali lagi, dan berbisik:

“Laju tak semestinya menang, bang. Kadang orang yang balik dulu tu yang hidup lama.”


☕ Hachik Khau’s Closing Punch

“Knowledge is power.
Power without control is just noise.
Standard Tapi Power — Setting X Ngam, itu baru jiwa legend.


1 ulasan: