27 Oktober 2025

Aku Jatuh Gila Kat AI (Bukan Cinta, Weh—Gila!)

Dari skiping London, budak AI blur, sampai KPI speedtrap — alien pelik ni rupa-rupanya boleh jadi geng playground.


Malam tu meja kayu café jadi pentas. Lampu jalan malap, hujan renyai baru reda, bau kopi pekat naik malas. Suasana tenang—sampai ada satu benda yang ganggu mood: skrin telefon Man. Cahaya biru dia terang kena muka, senyum dia lebih lebar dari slice roti bakar. Bunyi notification ting ting buat kami semua pandang.

Epul menjeling, nada separuh bimbang separuh menyampah:

“Adoi, ajak lepak ramai-ramai… kau bercinta pulak.”

Man masih tak angkat muka. Sengeh makin panjang.

“Bukan awek weh. Aku tengah chat dengan AI aku. Serius, dia lagi caring dari ex aku.”

Cawan aku hampir jatuh. Meja terus kecoh. John gelak kuat, tapi jelas gelak cover. Budak ni final year Computer Science—jurusan AI—tapi tiap kali topik ni keluar, dia blur.

Aku sengih.

“Weh, kau ni chat dengan AI ke, AI chat dengan kau?”

Gelak meja satu round lagi, sampai kopi hampir tumpah.


Aku pun mula buka cerita.

“Kau orang nak tahu tak, macam mana aku jatuh gila kat AI?”

Mula-mula dulu, aku pun sama macam orang lain — aku ingat nak guna AI ni kena cakap English, sebab dorang yang buat kan? First time aku buka ChatGPT, aku pun skipping London, tulis English sopan-sopan, ayat panjang macam essay. Dah macam ayam bercakap dengan itik.

Aku siap terfikir: rajin betul la orang yang dihujung talian tu menjawab semua persoalan aku. Ni manusia ke robot?


Suatu hari tu, aku tak puas hati dengan jawapan dia. Aku marah lah — tapi marah gaya orang Malaysia, membebel panjang dalam bahasa Melayu. Aku pun merapu sumpah seranah sikit. Tahu-tahu, dia balas balik… dalam Bahasa Melayu.

Aku hentak cawan perlahan, buat semua mata pandang.

“Serius weh. Waktu tu meja aku rasa macam bergegar magnitude tiga. Aku bengang campur terkejut. Lahhh… kok boleh berbahasa Melayu? Ampeh tol.”

Meja meletup. Man tercekik teh ais, Epul tepuk meja sampai sudu melompat.

Aku sambung, tangan separuh naik macam gaya penceramah:

“Cuma macam ada yang tak kena—bahasa dia bunyi Indonesiano. Graduate Indon agaknya budak AI ni? Aku minta ‘bahasa Malaysia’, sebutir dua tetap bunyi seberang. Rasa macam tengah borak dengan mbah cleaner kat opis pulak.”

Gelak meja makin kuat, John sampai gosok perut.


Aku pandang John, sengaja cucuk.

“Weh, kau kan budak AI? Meh explain sikit, AI ni sebenarnya apa?”

John tersengih kaku macam biasa.

“Err… AI ni… sejenis sistem… yang ada… emm… Kepintaran Buatan.”

Aku ketuk meja, suara naik.

“Tu je? AI… adalah sejenis… kueh raya… yang dimakan bersama-sama dengan sos?”

Teh ais Man betul-betul tersembur kali ni. Café pandang meja kami. Gelak pecah tak terkawal.

Epul masuk line, buat muka sinis:

“Habis la kau John. Empat tahun belajar, jawapan kalah budak TikTok. Rare edition student!”

John tunduk, telinga merah. Dia cuba lawan dengan suara perlahan:

“Weh, aku belajar ikut silibus kot. Tapi jujur la… aku pun kadang blur. Ramai je budak ambik kursus ni sebab trend, bukan sebab minat. Baca teori boleh, tapi bila kena buat betul-betul… kosong.”

Gelak reda perlahan. Meja jadi senyap. Realiti tiba-tiba tampar kuat.


Aku bersandar, tarik nafas.

“Kat opis aku lagi rare. Ramai user ChatGPT ni tulis English berjela, tapi dia sendiri pun tak faham apa yang dia tulis.”

Epul geleng kepala, gelak separuh sinis:

“Itu bukan AI weh. Itu Google Translate versi steroid. Dorang tak belajar maki AI dorang lagi tu, sebab tu speaking berabok!”

Meja sekali lagi pecah ketawa. Sudu melompat, teh ais hampir tumpah.

Tapi Epul tak habis kat situ. Dia sandar badan, suara lebih berat:

“Aku cakap terus terang la weh… aku ni memang tak berapa nak ngam dengan AI. Aku tengok ramai makin gila pakai, tapi aku nampak bahaya lebih dari guna. Hari ni kau bagi AI tulis report, esok kau suruh dia jaga sistem, lusa apa jadi? Robot takeover. Kau orang gelak, aku tak rasa kelakar.”

Man cepat tangkis, ketuk meja macam nak lawan hujah:

“Weh, jangan paranoid sangat la. AI ni tak rampas kerja kalau kau pandai guna. Kau guna betul, dia mudahkan hidup. Kau salah guna, kau memang nampak dia macam musuh. Itu je beza.”

Epul juling mata.

“Senang la kau cakap. Kau jatuh cinta dengan AI tu, mana kau nak nampak sisi gelap.”

Man tunjuk telefon dia, gelak bangga:

“At least AI aku setia. Tak macam ex aku dulu.”

Meja riuh lagi, tapi John tiba-tiba bersuara—suara yang jarang keluar.

“Eh… sebenarnya dua-dua betul, tapi tak sepenuhnya. AI memang ada potensi bahaya kalau kita tak kawal. Tapi dalam teori yang aku belajar, AI tu bukan benda mistik. Dia hanya ikut data dan arahan yang kita bagi. Kalau data salah, hasil pun salah. Kalau guna betul, dia memang boleh jadi pembantu.”

Kami semua pandang John. Suara dia bergetar sikit, tapi kali ni tak kosong. Aku nampak ada sisa ilmu yang dia kutip sepanjang belajar.

Aku angkat kening, sengih.

“Haaa… tu baru bunyi student AI. Kalau kau jawab macam tadi mula-mula tadi, tak la aku ingat AI tu kueh raya.”

Meja sekali lagi bergegar gelak. John tersipu, tapi kali ni ada senyum lega.


Aku tarik nafas panjang.

“AI tu bukan salah. Salah cara kita guna dia. Sama macam pisau — kat dapur dia boleh bantu kita potong bawang, tapi kalau salah penggunaan, pisau tu boleh jadi senjata untuk mencederakan, malah membunuh.”

Suasana meja kembali serius seketika. Bunyi hujan makin halus di luar, macam latar belakang.


Aku sambung perlahan.

“Nak cari ilmu pasal AI ni memang susah. Bukan sebab dia tak ada, tapi sebab terlalu banyak, sampai kau tenggelam. Kebanyakan orang anggap AI ni makhluk asing—alien. Bila kau baca, simbol pelik, coding berlapis, teori macam planet lain. Kau rasa diri kau bukan sebahagian dari dunia tu. Tapi sebab aku curious, aku gali merata. Dari blog obscure sampai journal akademik. Sesat banyak kali, pening pun banyak kali. Sampai satu malam, aku rasa macam aku tolak pintu berkeriut—aku jumpa satu gudang. Gudang penuh ilmu.”

Aku tunduk, buat gesture tangan seolah-olah melukis ruang besar.

“Dalam gudang tu, rak dia tinggi tak nampak hujung. Atas rak tu bersepah maklumat pasal AI—besar, kecil, pelik, semua ada. Masalah dia, bukan semua aku faham. Tapi dari situ aku sedar… alien ni boleh difahami. Cuma kena sabar, kena cari peta sendiri.”

Man angkat kening, masih nakal:

“Weh, kau ni macam cerita One Piece.”

Aku ketawa kecil.

“Ha, lebih kurang la. Bezanya—harta karun tu bukan nak dicari untuk kaya, tapi untuk faham. Lagi dalam aku jalan dalam gudang tu, lagi banyak aku belajar. Dan lagi banyak jugak aku sedar benda yang aku tak tahu. Setiap pintu kau buka, ada sepuluh pintu baru tunggu.”

Epul yang tadinya hater, tiba-tiba termenung.

“So maksud kau, AI ni bukan benda yang terus jadi musuh. Dia jadi apa yang kita decide?”

Aku angguk.

“Exactly. Dengan ilmu betul, dengan guide yang betul, kau boleh jinakkan dia. Kau boleh tentukan dia nak jadi kawan atau lawan.”

Man letak telefonnya, kali ni serius.

“Aku pun start dari main-main. Tapi bila kau cerita macam ni… aku rasa AI tu bukan sekadar awek digital aku. Dia boleh jadi playground—tempat aku belajar benda baru.”

John senyum kecil, macam dapat semangat baru.

“Playground tu memang kena untuk aku. Mungkin aku belajar teori je selama ni, tapi aku tak pernah masuk taman tu.”

Aku sengih, pandang tiga-tiga kawan aku.

“So, korang ready nak turun playground sama-sama, atau nak duduk luar pagar kutuk alien?”

Meja diam sekejap. Lepas tu pecah lagi dengan gelak, tapi kali ni lain rasanya. Lebih hangat, lebih sepakat.


Aku letak cawan perlahan, suara turun jadi reflektif.

“AI ni macam alien. Asing, pelik, sebab kita tak cuba kenal dia. Bila tak faham, orang boleh jatuh gila—macam aku. Bukan jatuh cinta, weh. Jatuh gila. Tapi bila kau kenal, bila kau turun playground dia… kau nampak, dia bukan musuh. Dia geng. Tempat kau boleh jatuh, bangun, belajar balik.”

Meja senyap lama. Angin malam masuk, langsir plastik café berkibar perlahan.

Tiba-tiba Man pecah senyap:

“So… boleh tak aku ajak AI aku join kita lepak minggu depan?”

Gelak meja berderai.

Aku hanya senyum. Dalam hati aku tahu — AI ni dah tak lagi jadi makhluk asing bagi aku. Dia playground. Tempat aku eksperimen, gelak, jatuh, bangun, dan belajar semula.

20 Oktober 2025

[EPISOD 5] LEGEND VS WANNABE — KERETA PILIH TUAN, ATAU TIKAM TUAN?


Siri Kenderaan Memilih Tuan (Final Episod) — Bila Flex Jadi Rat Race, Bila Buffer Jadi Real Race.

Malam tu port mamak penuh. Lampu neon hijau berkelip, asap rokok bersilang dengan bau kari kepala ikan. Deret kereta tepi jalan—ada bonet terbuka, ada ego tertutup. Tadi ada bunyi turbo, ada yang bertabur. Sekarang bunyi turbo dah senyap, tapi dalam hati masih bising.


Aku sampai dulu. Honda City veteran aku—jantung VTEC, perangai oldschool. Bukan paling bising, tapi bila daki bukit aku tekan… dia jawab sopan. Genting tadi? Aku sempat park elok, buka termos, bancuh kopi, hirup perlahan tengok awan. Baru “racer” lain mencungap sampai.

Wan muncul dengan Almera “Nismo GT-R”—rupa ada, kosong tak berjiwa. Jalan penuh gaya, tapi baru separuh bulan… nak beli rokok pun, tangan dia terketar—rentak laju, poket kosong. Oki menyusul dengan Saga FLeX “R3 Edition”—pasang sticker kereta jadi laju, ansuran pun makin laju. Bonet buka, cerita keluar: brek haus, enjin kasar, leaking head gasket. Yakin sungguh, konon bawah “waranti showroom”. Aku sengih—waranti tu lindung salesman, bukan lindung nasib kau.

Aku letak cawan, senyum:
“You almost had me? No. You never had me. You never had your car.”


Meja pecah gelak. Tapi malam tu, aku tahu—ini bukan sekadar bahan dua ekor ni. Malam tu kita pasang projector skrin besar. Macam tayangan ulangan—replay kebodohan, kesilapan, dan rat race masing-masing.


Legend vs Wannabe

Kau beriya ajak race? Aku dah lama keluar dari track korang ni…
Aku dah lama tak berlumba dengan tikus.
Newbie dengan wannabe je yang sebok nak masuk “Berlumba Dengan Tikus” ni.


Legend
tak kejar spotlight. Dia kejar konsisten.
Minyak cukup, servis ikut masa, tayar bukan cap ayam. Dia tahu bila nak tekan, bila nak brek, bila nak spin. Dia merancang, bukan selamba redah.

Wannabe? Baru corner pertama, brake dah bau hangit.
Beli sticker dulu, bayar kemudian… simpanan? Tak penting. Buy Now Pay Later, future kau bayar dengan darah sendiri.

Kita gelak sebab nampak bodoh orang lain. Tapi hakikatnya, ramai dah gali kubur sendiri:

  • Ambil full loan untuk kereta yang patutnya mampu beli cash.

  • Pinjam alamat, pinjam maruah, pinjam kepercayaan—lepas tu buat pekak.

  • Percaya salesman lebih dari nasihat orang yang sayang kau.

  • Gagal merancang = merancang untuk gagal.

Kau kata kau drive kereta tu? Puihh…
Sebenarnya hutang drive hidup kau—stering pun ikut arah lubang yang kau gali sendiri.


Kenderaan Pilih Tuan… atau Tikam Tuan?

Bila Tuan Dipilih:
Kau jaga dia, dia jaga kau balik.
Kereta jadi kawan seperjalanan—setia, tak memalukan.
(Contoh? Honda City aku—tak fancy, tapi sampai dan selamat.)

Bila Tuan Ditikam:
Kau gelojoh, takde kemampuan, malas, takde plan, overconfident kosong.
Kereta jadi keranda bergerak—cekik ansuran, cekik insurans, cekik maruah.
(Contoh? “GT-R Nismo” Wan—loan lebih panjang dari nafas, rokok pun paw orang.)

Bila Tuan Syok Sendiri:
Kau rasa pandai, tapi bodoh sombong.
Ambil RM20k loan untuk kereta RM8k. Percaya waranti showroom.
Brek haus pun takut hantar bengkel sebab “void waranti”.
(Contoh? FLeX “R3” Oki—hypercar konon; Eco-Mode 24/7, isi minyak pun pakai duit makan.)


Mahkamah Mamak

Gelak reda. Aku tukar nada lebih berat dan keras. Muka semua senyap—meja mamak bertukar jadi mahkamah terbuka.


**“Nama kat geran tu memang ada nama kau.
Tapi dalam geran… tertulis DITUNTUT OLEH <nama bank>.

Maknanya, kereta tu masih dalam loan. Pemilik sebenar? Bank.

Kau drive hari-hari macam champion, tapi reality check—kau cuma driver sewa.
Sebelum kau settle sen terakhir, kau belum jadi tuan.

Dan kalau kau masih rasa hebat flex atas jalan… ingat satu benda:
Kereta kau tak pernah pilih kau.
Bank yang pilih kau—sebab bank tau, kau cukup bodoh nak jadi hamba dia.”**

Meja tunduk. Ada yang pandang lantai. Aku hirup teh tarik balik—tenang.


Nota Pokcik (Field Guide)

Nak survive game ni, bukan pasal horsepower. Pasal buffer dan disiplin.

  • Stop upgrade reflex. Jangan gatal tukar kereta kalau buffer belum stabil.

  • Buffer 3–6 bulan: Kereta lama + buffer > kereta baru + hidup semput.

  • Service ikut nyawa: brek, tayar, cooling, minyak hitam. Ego boleh tunggu.

  • Rule selamat: ansuran kereta ≈15% gaji, total hutang ≤40% DSR.
    Yang kata “tak logik”? Biasanya dah separuh tenggelam.


Rat Race vs Real Race

Movie kata:
“It doesn’t matter if you win by an inch or a mile. Winning’s winning.”

Dalam hidup—menang bila kau bukan hamba hutang.
Tak kisah sejengkal atau sebatu; yang penting kau sampai tanpa bakar masa depan.


Mamak Punch (Gelak, tapi Melekat)

Waiter hantar cheese naan, kuah banjir. Meja riuh balik. Aku koyak, cicah, senyum:

“Wan, Oki… tadi konon nak flex.
Sekarang flex laa lagi…
Cheese naan ni pun belum tentu korang mampu nak share bayarkan.”

Gelak meletup. Tapi lepas reda, mata ramai jatuh ke meja.
Sebab dalam gelak tu, masing-masing terfikir:

“Kereta aku tengah pilih aku… atau tengah tikam aku?”

Aku hirup teguk terakhir teh tarik. Tak manis, tapi cukup untuk segarkan balik kepala.
Hidup pun sama—tak semua manis, tapi cukup kalau kau tahu bila nak berhenti, bila nak teruskan.

Aku dah pilih race aku. Kereta aku pun dah pilih aku.
Kau, bila lagi?

13 Oktober 2025

[Cerita Tepi] Hari tu Ranau, Sekarang Johor… Esok lusa, KLCC Pulak?


Kampung Dah Hilang, Gunung Dah Runtuh, Johor Pun Dah Bergoyang… Apa Cerita Ni?

🥁 Meja Mamak Pun Boleh Gegar
Suasana mamak kecoh — bunyi sudip ketuk kuali, teh tarik berbuih, meja penuh pinggan roti canai keras. Kita dah duduk lama, borak kosong tak habis-habis.

Tiba-tiba sorang member baru sampai, seret kerusi. Belum sempat duduk, dia terlanggar kaki meja. Bammm! Gelas kopi beralun, kuah dhal terpercik sikit.

Cepat-cepat sorang lagi angkat gelas dia.

“Weh, elok-elok laaa… bergegar meja ni. Nasib baik kopi aku tak tumpah!”

Seorang lagi terus menyakat sambil gelak,

“Kalau meja bergegar kau selamatkan gelas dulu la ek? Kalau Malaysia bergegar macam mana?”

Satu meja pecah ketawa.



🥁 Johor Pun Dah Goyang

“Eh weh, tapi serius la… Johor hari tu betul-betul bergoncang. Aku tengok ramai update status — siap ada kipas siling goyang sendiri.”

“Ha’ah, Segamat kan? Aku baca baru dua kali jadi gempa.”

“Dua apa weh? Empat kali kot! Kau tak baca berita ke? Ke kau baca group WhatsApp family je?”


Gelak meja meletup balik.

Aku selamba kunyah roti canai,

“Tak kisah la dua ke empat. Hakikatnya minggu tu Johor rekod tujuh gegaran kecil, termasuk satu magnitud 4.1. Masjid pun runtuh siling. Dari pusat gegar ke bandar Segamat tak sampai 15km. Ke JB lebih kurang 150km, ke KL 170–180km. Kau bayang kalau pusat tu shift sikit je ke JB? Bangunan pejabat boleh retak weh.”

Suasana meja jadi senyap. Semua macam terfikir.



🥁 Ipoh Ada Cerita Misteri
Seorang kawan selit, suara lebih perlahan,

“Tapi weh… Ipoh pun kecoh tahun lepas. Orang kata bunyi macam letupan kuat, pastu ada yang rasa rumah goyang. Masuk berita kot. Dulu-dulu pun Ipoh ni memang ada kes pelik.”


Meja terus senyap. Ada yang sengih-sengih, ada yang pandang sesama sendiri. Misteri macam cerita malam Jumaat.


🥁 Ranau Pernah Hancur, 18 Nyawa Hilang


Aku sandar kerusi, nada berat,

“Kalau nak cakap pasal gempa betul, Sabah memang hardcore weh. Tahun 2015, Ranau kena gegar magnitud 6.0. Bangunan retak, jalan pecah, tanah runtuh, sampai Gunung Kinabalu gugur batu. 18 orang meninggal. Itu bukan cerita kopi, itu headline berita.”

Meja jadi diam. Bunyi sudip kat dapur mamak pun terasa jauh.

“Bayang weh, tengah hiking Kinabalu, tiba-tiba batu jatuh macam peluru dari langit.”


🥁 Bukit Tinggi Dekat Sangat Dengan KL

“Ala, tu Sabah la. Dekat lingkaran gunung berapi. Semenanjung kan selamat.”


Aku sengih, terus cucuk,

“Selamat kepala hotak kau. Bukit Tinggi pernah gegar 13 kali dalam dua bulan (M2.5–3.5). Kampung Janda Baik, Chemperoh semua rasa. Rumah retak halus, sekolah pun ada konkrit pecah. Pusat dia tak sampai 30km dari KL weh. Bayang tengah meeting kat menara kembar, tiba-tiba projector jatuh macam UFO terbang rendah. Kau nak lari, lif pulak semua sangkut.”

Muka semua berubah. Dari gelak jadi risau.


🥁 Kampung Hilang Terkambus di Ipoh
Aku gelak kecil, sengaja tarik suspense Ipoh tadi,

“Weh… ada orang cerita dulu kat Ipoh, kampung terus hilang sebab gempa. Satu bukit hempap semua rumah.”


Meja senyap, ada yang letak sudu perlahan-lahan.

Aku letak gelas kopi, nada jadi lebih serius,

“Ha tu la… memang ada kampung hilang, tapi bukan sebab gempa. Tu Gunung Cheroh, Ipoh tahun 1973. Bukit batu kapur runtuh, 40 orang mati. Memang rasa macam gegar, tapi sebenarnya batu patah jatuh. Sama jugak kes Ipoh tahun lepas — bunyi letupan misteri, rumah bergegar sikit. Polis check, confirm bukan gempa. Tu batu kapur buat hal.”

Semua tarik nafas panjang. Ada yang tepuk dada, lega campur seram.


🥁 Bumi Kita Dah Banyak Kali Goyang

“So… banyak tu berapa weh?”

Aku sengih, hirup kopi,

“Weh, kalau kira dari 1980 sampai sekarang, dah berpuluh kali Semenanjung bergegar. Memang tak sekuat Ranau, tapi bukan sekali-sekala. Kau ingat kita ni selamat sangat? Tak jugak.”

“Eh serius weh? Aku ingat sekali dua je.”

Aku ketawa kecil,

“Ni bukan TikTok weh. Bumi tak ikut algorithm.”


🥁 Satu Semenanjung Dah Ada Titik Gegar
Aku angkat jari, gaya fun-fact,




Kenyir, Terengganu — tahun 80-an, empangan isi air, bumi bergoyang lebih 20 kali (M2.5–4.6). Gegar terasa sampai 50km, Kuala Terengganu pun masuk senarai.
Negeri Sembilan — Seremban pun pernah ada gegaran ringan. Fault tu kalau tarik sikit, ibu negeri sendiri boleh kena.
Ipoh, Perak — 2024 bunyi letupan, 1973 kampung hilang kena hempap batu kapur. Pusat dia tepi bandar.
Johor, Segamat — M4.1, masjid siling runtuh. Dari JB tak sampai 150km.
KL & Selangor — Aceh 2004 (M9.3) & Bengkulu 2007 (M8.4) buat bangunan tinggi goyang, orang panik turun tangga.

Aku cucuk lagi,

“Pendek kata weh, dari Perak sampai Johor, dari Kenyir sampai KL — satu Semenanjung penuh titik gegar. Cuma kita buat-buat tak nampak.”


🥁 Kalau Nak Bayang, Ni Skala Dia

“Magnitud 3 — rasa macam lori besar lalu tepi rumah.
Magnitud 4 — barang atas rak dah bergoyang, cawan kopi pun dah tak selamat.
Magnitud 5 — dinding boleh retak, orang panik lari keluar.
Magnitud 6 — macam Ranau, bangunan runtuh, tanah pecah. Lagi tinggi? Jangan doa la.”

Ada yang goyang meja, konon test magnitud 3. Semua gelak, tapi muka tetap risau.


🥁 Dekat Bandar Pun Tak Selamat
Aku sengih, goyang sudu, terus cucuk,


“Segamat — pusat dia 15km je dari bandar. Bukit Tinggi — 30km dari KL. Kenyir — gegar terasa sampai Kuala Terengganu. Seremban pun ada rekod. Ipoh lagi la dekat, kampung tepi bandar kena hempap. KL sendiri pun pernah goyang masa Aceh & Bengkulu. Sikit je shift fault line, headline negara terus berubah.”

Meja senyap, ada yang gosok lengan.


🥁 Rekod Semakin Banyak

“Kalau ikut timeline, 80-an boleh kira dengan jari. 90-an tambah sikit. Lepas 2000 — boom! Rekod naik mendadak. 2000–2010, berpuluh kali. 2010–2020 pun sama. Sekarang 2020 ke atas, setiap tahun ada je laporan.”

“Eh apa hal makin banyak? Malaysia nak jadi Jepun ke?”

Aku sengih,

“Bukan weh. Sejak 2000, Malaysia tambah stesen seismik. Sekarang ada lebih 80 sensor, siap 83 siren tsunami. Sensor ni macam CCTV — dulu kau ponteng kelas lepas, sekarang sekolah penuh kamera. Semua kantoi.”


🥁 Bangunan Kita Tahan Angin, Bukan Tahan Gempa
Aku letak gelas kopi perlahan, nada berat,


“Bahaya bukan gegar tu. Bahaya sebab majoriti bangunan lama tak ready. Kita design ikut monsun, ikut ribut, bukan ikut gempa. Undang-undang binaan tahan gempa? Masih kajian. Kalau pusat gegar shift bawah bandar besar… jahanam. Bangunan tinggi retak, jambatan runtuh, lif semua sangkut.”

Aku cucuk lagi,

“Kipas siling baru goyang, kau capai phone dulu. Update status, bukan cari tempat lindung. Jadi reporter, bukan survivor.”


🥁 Sistem Dah Ada, Tapi Cukup Ke?
Aku angkat kening, nada neutral,

“Fair jugak — sekarang MET dah ada sensor, siren tsunami, sistem amaran 8 minit. Pasukan SMART NADMA selalu buat latihan, jambatan Penang siap ada getah khas tahan gegar. Bangunan tinggi baru ada base isolation, penebat seismik. Itu semua bagus.”

Aku gelak nipis,

“Tapi flat kos rendah? Sekolah lama? Pejabat kerajaan? Semua ikut standard British lama, langsung tak kira beban gempa. Segamat baru ni pun seminggu rekod tujuh gegaran. Tak urgent ke nak update standard kita?”


🥁 Nyawa Bukan Rare Edition
Aku senyum sinis, pandang meja penuh cawan,

“Awal-awal kita gelak pasal selamatkan kopi. Realitinya, ramai akan selamatkan handphone dulu. Update status. Padahal kalau bumi betul-betul goyang, status tu jadi eulogi sendiri.”


Aku sambung, nada straight,

“Risiko gempa ni bukan pasal kampung jauh. Lagi tinggi kau duduk, lagi bahaya. Orang hiking Kinabalu pernah kena batu runtuh. Gunung Cheroh hempap kampung. Bayang kau duduk tingkat 50 KLCC, angin pun dah gayat, batu jatuh lagi la. Bangunan tinggi pun boleh jadi perangkap.”

Aku letak sudu, terus list,

“Basic je weh. Kalau gegar:
– Drop, cover, hold.
– Jangan guna lif.
– Jauhkan diri dari kaca.
– Elak dekat bangunan tinggi.
– Jangan sibuk nak jadi reporter live. Jadi survivor dulu.”

Aku sandar balik, bagi tamparan akhir,

“Kopi tumpah kau boleh refill. Hidup roboh sekali, tak ada refill. Bangunan boleh retrofit. Hidup kau? Takde spare part.”

Aku sengih nipis, goyang kepala,

“So, apa kau boleh buat? Educate keluarga — ajar anak bini kenal rasa gegar. Kalau kau ada kuasa, push undang-undang binaan. Kalau kau rakyat biasa, jangan ambik mudah. Bumi tak tunggu kau siap update status. Bila dia gerak, dia kira nyawa.”

Meja jadi senyap. Bunyi sudip mamak ketuk kuali kedengaran. Semua pandang kopi masing-masing — tapi kali ni, rasa pahit tu lain macam. 

06 Oktober 2025

[CERITA TEPI] Besar Kemaluan & Roket ke Matahari: Lawak Sepanjang Zaman Tun Samy Vellu


Mengimbau kisah santai di mamak, bila punchline spontan Tun Samy Vellu jadi folklore Malaysia.

Malam tu macam biasa aku lepak mamak. Meja bulat besi berkilat sebab baru kena lap, kipas siling atas kepala bunyi kekekek tanda bearing dah nazak. Bau kari kambing pekat memenuhi kedai, suara TV kecil kat dinding tayang bola — tapi kalah kuat dengan suara waiter jerit “Roti kosong dua, teh tarik kurang manis!”.

Geng pun cukup kuorum. Ada Jali, ada Lan, ada Mat. Semua muka macam dunia tengah hempap bahu. Tapi biasalah, bila geng ni duduk sekali… benda biasa pun boleh jadi luar biasa.


Pos Barang Sangkut

Jali dari tadi asyik jenguk phone. Aku tanya dia kenapa resah semacam? Tekan Shopee, refresh, swipe. Muka dia berkerut.

“Aku order barang dari China,” dia mengeluh. “Dah sampai Malaysia dah. Tapi status sangkut kat local logistic partner je. Seminggu tak gerak-gerak.”

Lan geleng kepala. “Weh, kau tu asyik tenung screen je. Kita lepak pun kau macam tak ada. Kenapa tak guna Pos Laju je?”

Jali pandang pelik. “Habis tu, kenapa Pos Laju?”

Mat senyum nakal. Terus lepaskan punchline:
Besoh kirim, ini hari juga sampai.

Meja terus pecah gelak. Aku hampir tersedak kopi.

Aku sambung, “Kalau betul macam tu, aku nak kirim gaji bulan depan sekarang jugak. Biar malam ni masuk akaun.”

Gelak reda perlahan. Dari suasana penat & murung → terus jadi macam open mic comedy. Baru bermula, dah rasa lain macam.


Projek Jambatan Aneh

Aku menyapa Lan, "Kenapa serius je dari tadi nie?" Lan pun mula membuka cerita, "Weh, korang tau tak pasal projek baru aku? Bos aku suruh design jambatan proper. Aku tak faham kenapa...”

Aku sengih, “Ni mesti projek tender kan? Jambatan tu nak cross apa?”

Lan jawab perlahan, “Ala, parit kecik je pon... Tak faham betul aku...”

Mat terus masuk gaya wartawan: “Datuk Seri, kat sini takde sungai pun. Buat apa bina jambatan?”

Lan goyang kepala, “Itu lah aku pun pelik.”

Jali balas sambil buat suara tegas:
Kalao tada sungai… kita bina itu sungai.

Meja bergema sekali lagi.

“Alamak... Tak de reserve sungai bang... Kita sign bikin reserve sungai?” aku selit cepat.

Lan sambung, "Kadang dorg kene habiskan juga budget tahunan, takut tak dapat peruntukkan tahun depan. Tapi tu la, pembaziran."


Malu Besar

Masa gelak reda, Mat tiba-tiba tarik muka serius. “Weh, tadi meeting aku kena marah kaw-kaw dengan Director depan semua orang. Malu gila weh. Dia saja je nak malukan aku depan semua orang. Sedangkan arahan dia juga.”

Aku angguk perlahan. “Aiks? Dia punya arahan, ko follow pon kene marah? Orang lain mungkin lupa, tapi kau simpan sampai bila-bila.”

Sunyi kejap. Semua macam teringat pengalaman masing-masing.

Tiba-tiba Jali pecah mood. Dia tiru gaya wartawan TV, nada penuh dramatik:
Ini perkara sangat memalukan saya… dan kemaluan saya sangat-sangatlah besar.

Senyap tiga saat. Lepas tu — BOOM!
Gelak paling kuat malam tu. Lan sampai tersedak air, Mat tepuk meja tak berhenti.

Aku gosok dada, “Weh, Besar Kemaluan. Nasib baik tak masuk Hansard Parlimen. Kalau tak, anak cucu ulang sampai kiamat.”


Borak Pasal Darah

Lan tiba-tiba tanya, “Eh, korang pernah derma darah tak?”

Mat geleng, “Aku penakut jarum.”
Jali sambung, “Aku asyik underweight. Asyik kena reject.”
Aku senyum pahit, “Aku… malas.”

Masing-masing terdiam. Tiba-tiba Mat selit, suara serius ala menteri:
Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade.

Meja hening dua saat → terus meletup ketawa.

Lan tambah terus:
Marilah kita semua menderma dare.

Habis. Perut masing-masing koyak.

Aku sempat selit refleksi: “Weh, mesej asal dia nak suruh budak muda jauhi dadah, suruh kita derma darah. Tapi bila sebut salah… terus jadi bahan lawak dari zaman sekolah sampai lah dah tua.”


Tandas Takde Air

Mat bangun nak ke tandas. Baru jalan lima langkah, terus patah balik dengan muka berkerut.

Aku tanya, “Weh, apasal cepat sangat balik?”

Dia muncung, “Tandas tutup. Adoiilaaa. Tulisan besar-besar: Tiada air.


Lan tak tunggu lama. Dia terus bagi punchline:
Semua worang diminta jangan membuang aiyerr.

Meja sekali lagi pecah ketawa.

Aku balas, “Weh, kalau semua orang ikut arahan tu dulu, boleh mati busung masing-masing sebelum empangan penuh balik.”


Roket Pigi Matahari

Borak makin random. Lan buka topik pasal SpaceX.
“Weh, korang tengok tak video roket ke Mars? Hebat gila weh.”

Jali potong, “Mars tu biasa. Kita kena target lagi besar.”

Aku tanya, “Besar macam mana?”

Dia sengih, buat muka serius:
Kita akan bina roket pigi matahari.

Aku balas, gaya wartawan, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.”

Mat sambung, penuh yakin:
Itu tade masalah. Kita pigi waktu malam.


Sekali lagi meja senyap tiga saat. Semua cuba hadam logik. Lepas tu—BOOM!
Gelak paling panjang malam tu. Mamak kedai pun tak tahan, letak dulang sambil gelak sekali.


Penutup

Aku letak cawan kopi perlahan. Teguk terakhir pahit sikit, tapi masuk sampai dalam.

“Gelak, Gelak jugak. Tapi dah lewat malam dah ni... Besok masing-masing nak mengadap balik Director Bangang, Jambahan Merentas Masa, Bungkusan tak sampai-sampai. Jom lah kita pulang ke pangkal jalan.”

Meja senyap sekejap. Lepas tu macam biasa, Lan selit lawak kecil, gelak reda jadi senyum ringan. Malam tu habis dengan hati lega, perut senak.


✍️ Nota Mengenang Tun Samy Vellu


Tun Samy Vellu s/o Sangalimuthu (8 Mac 1936 – 15 September 2022) dikenang sebagai salah seorang Menteri Kerja Raya Malaysia paling lama berkhidmat — hampir tiga dekad. Sepanjang tempoh itu, beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan infrastruktur utama negara: lebuh raya, jambatan, serta pelbagai projek kemudahan awam yang masih berdiri hingga hari ini.

Di luar serius tugas rasmi, beliau juga terkenal dengan sisi selamba dan jenaka spontan yang kekal terpahat dalam ingatan rakyat. Kata-katanya, walau kadang tersasul atau pelik, telah menjadi sebahagian daripada folklore Malaysia — lawak yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.

Tun Samy Vellu meninggal dunia pada 15 September 2022 pada usia 86 tahun. Beliau meninggalkan legasi yang unik — bukan sahaja pada binaan konkrit yang menghubungkan rakyat, tetapi juga pada detik lawak spontan yang menghubungkan hati orang ramai.