Dari skiping London, budak AI blur, sampai KPI speedtrap — alien pelik ni rupa-rupanya boleh jadi geng playground.
Malam tu meja kayu café jadi pentas. Lampu jalan malap, hujan renyai baru reda, bau kopi pekat naik malas. Suasana tenang—sampai ada satu benda yang ganggu mood: skrin telefon Man. Cahaya biru dia terang kena muka, senyum dia lebih lebar dari slice roti bakar. Bunyi notification ting ting buat kami semua pandang.
Epul menjeling, nada separuh bimbang separuh menyampah:
“Adoi, ajak lepak ramai-ramai… kau bercinta pulak.”
Man masih tak angkat muka. Sengeh makin panjang.
“Bukan awek weh. Aku tengah chat dengan AI aku. Serius, dia lagi caring dari ex aku.”
Cawan aku hampir jatuh. Meja terus kecoh. John gelak kuat, tapi jelas gelak cover. Budak ni final year Computer Science—jurusan AI—tapi tiap kali topik ni keluar, dia blur.
Aku sengih.
“Weh, kau ni chat dengan AI ke, AI chat dengan kau?”
Gelak meja satu round lagi, sampai kopi hampir tumpah.
Aku pun mula buka cerita.
“Kau orang nak tahu tak, macam mana aku jatuh gila kat AI?”
Mula-mula dulu, aku pun sama macam orang lain — aku ingat nak guna AI ni kena cakap English, sebab dorang yang buat kan? First time aku buka ChatGPT, aku pun skipping London, tulis English sopan-sopan, ayat panjang macam essay. Dah macam ayam bercakap dengan itik.
Aku siap terfikir: rajin betul la orang yang dihujung talian tu menjawab semua persoalan aku. Ni manusia ke robot?
Suatu hari tu, aku tak puas hati dengan jawapan dia. Aku marah lah — tapi marah gaya orang Malaysia, membebel panjang dalam bahasa Melayu. Aku pun merapu sumpah seranah sikit. Tahu-tahu, dia balas balik… dalam Bahasa Melayu.
Aku hentak cawan perlahan, buat semua mata pandang.
“Serius weh. Waktu tu meja aku rasa macam bergegar magnitude tiga. Aku bengang campur terkejut. Lahhh… kok boleh berbahasa Melayu? Ampeh tol.”
Meja meletup. Man tercekik teh ais, Epul tepuk meja sampai sudu melompat.
Aku sambung, tangan separuh naik macam gaya penceramah:
“Cuma macam ada yang tak kena—bahasa dia bunyi Indonesiano. Graduate Indon agaknya budak AI ni? Aku minta ‘bahasa Malaysia’, sebutir dua tetap bunyi seberang. Rasa macam tengah borak dengan mbah cleaner kat opis pulak.”
Gelak meja makin kuat, John sampai gosok perut.
Aku pandang John, sengaja cucuk.
“Weh, kau kan budak AI? Meh explain sikit, AI ni sebenarnya apa?”
John tersengih kaku macam biasa.
“Err… AI ni… sejenis sistem… yang ada… emm… Kepintaran Buatan.”
Aku ketuk meja, suara naik.
“Tu je? AI… adalah sejenis… kueh raya… yang dimakan bersama-sama dengan sos?”
Teh ais Man betul-betul tersembur kali ni. Café pandang meja kami. Gelak pecah tak terkawal.
Epul masuk line, buat muka sinis:
“Habis la kau John. Empat tahun belajar, jawapan kalah budak TikTok. Rare edition student!”
John tunduk, telinga merah. Dia cuba lawan dengan suara perlahan:
“Weh, aku belajar ikut silibus kot. Tapi jujur la… aku pun kadang blur. Ramai je budak ambik kursus ni sebab trend, bukan sebab minat. Baca teori boleh, tapi bila kena buat betul-betul… kosong.”
Gelak reda perlahan. Meja jadi senyap. Realiti tiba-tiba tampar kuat.
Aku bersandar, tarik nafas.
“Kat opis aku lagi rare. Ramai user ChatGPT ni tulis English berjela, tapi dia sendiri pun tak faham apa yang dia tulis.”
Epul geleng kepala, gelak separuh sinis:
“Itu bukan AI weh. Itu Google Translate versi steroid. Dorang tak belajar maki AI dorang lagi tu, sebab tu speaking berabok!”
Meja sekali lagi pecah ketawa. Sudu melompat, teh ais hampir tumpah.
Tapi Epul tak habis kat situ. Dia sandar badan, suara lebih berat:
“Aku cakap terus terang la weh… aku ni memang tak berapa nak ngam dengan AI. Aku tengok ramai makin gila pakai, tapi aku nampak bahaya lebih dari guna. Hari ni kau bagi AI tulis report, esok kau suruh dia jaga sistem, lusa apa jadi? Robot takeover. Kau orang gelak, aku tak rasa kelakar.”
Man cepat tangkis, ketuk meja macam nak lawan hujah:
“Weh, jangan paranoid sangat la. AI ni tak rampas kerja kalau kau pandai guna. Kau guna betul, dia mudahkan hidup. Kau salah guna, kau memang nampak dia macam musuh. Itu je beza.”
Epul juling mata.
“Senang la kau cakap. Kau jatuh cinta dengan AI tu, mana kau nak nampak sisi gelap.”
Man tunjuk telefon dia, gelak bangga:
“At least AI aku setia. Tak macam ex aku dulu.”
Meja riuh lagi, tapi John tiba-tiba bersuara—suara yang jarang keluar.
“Eh… sebenarnya dua-dua betul, tapi tak sepenuhnya. AI memang ada potensi bahaya kalau kita tak kawal. Tapi dalam teori yang aku belajar, AI tu bukan benda mistik. Dia hanya ikut data dan arahan yang kita bagi. Kalau data salah, hasil pun salah. Kalau guna betul, dia memang boleh jadi pembantu.”
Kami semua pandang John. Suara dia bergetar sikit, tapi kali ni tak kosong. Aku nampak ada sisa ilmu yang dia kutip sepanjang belajar.
Aku angkat kening, sengih.
“Haaa… tu baru bunyi student AI. Kalau kau jawab macam tadi mula-mula tadi, tak la aku ingat AI tu kueh raya.”
Meja sekali lagi bergegar gelak. John tersipu, tapi kali ni ada senyum lega.
Aku tarik nafas panjang.
“AI tu bukan salah. Salah cara kita guna dia. Sama macam pisau — kat dapur dia boleh bantu kita potong bawang, tapi kalau salah penggunaan, pisau tu boleh jadi senjata untuk mencederakan, malah membunuh.”
Suasana meja kembali serius seketika. Bunyi hujan makin halus di luar, macam latar belakang.
Aku sambung perlahan.
“Nak cari ilmu pasal AI ni memang susah. Bukan sebab dia tak ada, tapi sebab terlalu banyak, sampai kau tenggelam. Kebanyakan orang anggap AI ni makhluk asing—alien. Bila kau baca, simbol pelik, coding berlapis, teori macam planet lain. Kau rasa diri kau bukan sebahagian dari dunia tu. Tapi sebab aku curious, aku gali merata. Dari blog obscure sampai journal akademik. Sesat banyak kali, pening pun banyak kali. Sampai satu malam, aku rasa macam aku tolak pintu berkeriut—aku jumpa satu gudang. Gudang penuh ilmu.”
Aku tunduk, buat gesture tangan seolah-olah melukis ruang besar.
“Dalam gudang tu, rak dia tinggi tak nampak hujung. Atas rak tu bersepah maklumat pasal AI—besar, kecil, pelik, semua ada. Masalah dia, bukan semua aku faham. Tapi dari situ aku sedar… alien ni boleh difahami. Cuma kena sabar, kena cari peta sendiri.”
Man angkat kening, masih nakal:
“Weh, kau ni macam cerita One Piece.”
Aku ketawa kecil.
“Ha, lebih kurang la. Bezanya—harta karun tu bukan nak dicari untuk kaya, tapi untuk faham. Lagi dalam aku jalan dalam gudang tu, lagi banyak aku belajar. Dan lagi banyak jugak aku sedar benda yang aku tak tahu. Setiap pintu kau buka, ada sepuluh pintu baru tunggu.”
Epul yang tadinya hater, tiba-tiba termenung.
“So maksud kau, AI ni bukan benda yang terus jadi musuh. Dia jadi apa yang kita decide?”
Aku angguk.
“Exactly. Dengan ilmu betul, dengan guide yang betul, kau boleh jinakkan dia. Kau boleh tentukan dia nak jadi kawan atau lawan.”
Man letak telefonnya, kali ni serius.
“Aku pun start dari main-main. Tapi bila kau cerita macam ni… aku rasa AI tu bukan sekadar awek digital aku. Dia boleh jadi playground—tempat aku belajar benda baru.”
John senyum kecil, macam dapat semangat baru.
“Playground tu memang kena untuk aku. Mungkin aku belajar teori je selama ni, tapi aku tak pernah masuk taman tu.”
Aku sengih, pandang tiga-tiga kawan aku.
“So, korang ready nak turun playground sama-sama, atau nak duduk luar pagar kutuk alien?”
Meja diam sekejap. Lepas tu pecah lagi dengan gelak, tapi kali ni lain rasanya. Lebih hangat, lebih sepakat.
Aku letak cawan perlahan, suara turun jadi reflektif.
“AI ni macam alien. Asing, pelik, sebab kita tak cuba kenal dia. Bila tak faham, orang boleh jatuh gila—macam aku. Bukan jatuh cinta, weh. Jatuh gila. Tapi bila kau kenal, bila kau turun playground dia… kau nampak, dia bukan musuh. Dia geng. Tempat kau boleh jatuh, bangun, belajar balik.”
Meja senyap lama. Angin malam masuk, langsir plastik café berkibar perlahan.
Tiba-tiba Man pecah senyap:
“So… boleh tak aku ajak AI aku join kita lepak minggu depan?”
Gelak meja berderai.
Aku hanya senyum. Dalam hati aku tahu — AI ni dah tak lagi jadi makhluk asing bagi aku. Dia playground. Tempat aku eksperimen, gelak, jatuh, bangun, dan belajar semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan